Chlorophyll A Concentration Of Fresh Water Phytoplankton Analysed By Algorithmic Based Spectroscopy

Fitoplankton ialah tumbuhan microskopik sel tunggal yang memainkan peranan penting di dalam ekosistem sebagai pengeluar primari utama melalui aktiviti fotosintesis. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengkaji pencirian melalui hubungan pantulan dan kepekatan klorofil a fitoplankton di dalam ai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Johan, Fairooz
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/31415/1/FAIROOZ_BINTI_JOHAN_24.pdf
http://eprints.usm.my/31415/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Fitoplankton ialah tumbuhan microskopik sel tunggal yang memainkan peranan penting di dalam ekosistem sebagai pengeluar primari utama melalui aktiviti fotosintesis. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengkaji pencirian melalui hubungan pantulan dan kepekatan klorofil a fitoplankton di dalam air tawar. Melalui, kajian ini, pantulan fitoplankton diambil dengan menggunakan spektroradiometer untuk melihat hubungan antara pantulan dan panjang gelombang fitoplankton di dalam air tawar. Satu lokasi tasik dalam Universiti Sains Malaysia yang dikenali sebagai Tasik Harapan dipilih untuk kajian ini. Sebanyak 20 liter sampel air diambil dan ditapis dengan menggunakan jaring fitoplankton. Sampel air yang diambil dianalisis di dalam makmal untuk menentukan pantulan dan kandungan kepekatan klorofil-a fitoplankton. Dua jenis spektrometer digunakan di dalam kajian ini pertama, spektroradiometer digunakan untuk mengukur pantulan fitoplankton dan kedua, spektrofotometer digunakan untuk mengukur kepekatan klorofi a. Sampel air yang diambil dikultur terlebih dahulu dengan memasukkan dalam medium yang dikenali sebagai Bold's Basal sebelum nilai pantulan diambil agar pengukuran pantulan tepat ke atas fitoplankton. Phytoplankton are microscopic single-celled plants that play an important role in the ecosystem as a major primary producers through photosynthesis. The main objective of this study was to investigate properties through reflection and chlorophyll a concentrations of phytoplankton in freshwater. In this study, reflection phytoplankton were taken using spectroradiometer to observe the relationship between the reflectance and the wavelengths of phytoplankton in freshwater. The lake selected for this study is known as Tasik Harapan located in Universiti Sains Malaysia. In this study, 20 litres water samples undergone the filtering using phytoplankton net. The water samples collected were analyzed in the laboratory to determine the reflectance and chlorophyll a concentration of phytoplankton. Two spectrometers were used in this study, firstly, spectroradiometer which was used to measure the reflectance of phytoplankton and secondly, spectrophotometer which was used to measure the concentration of chlorophyll a. The water samples taken were prior to culture in the medium known as Bold's Basal Medium before the reflections were taken so that accurate reflection measurements on phytoplankton can be acquired.