Repository@USM: Isu, Cabaran dan Kekangan

Proses pendigitalan bahan di Perpustakaan Hamzah Sendut telah bermula pada tahun 1996 dengan memberi fokus kepada kertas peperiksaan dan tesis yang menjadi permintaan utama pelajar pada ketika itu. Bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna, pelbagai usaha dan inisiatif telah dilakukan d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Jan, Noor Azlinda, Mohamad Shahini, Meor Mohd Arafat, Hashim, Siti Fatimah, Ibrahim, Nor Azan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/29535/1/NCOAL2015_UMP.pdf
http://eprints.usm.my/29535/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Proses pendigitalan bahan di Perpustakaan Hamzah Sendut telah bermula pada tahun 1996 dengan memberi fokus kepada kertas peperiksaan dan tesis yang menjadi permintaan utama pelajar pada ketika itu. Bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna, pelbagai usaha dan inisiatif telah dilakukan dalam membuat pendigitalan bahan ini sehingga tertubuhnya repositori institusi dengan menggunakan perisian sumber terbuka eprints pada tahun 2008. Semestinya pelbagai isu, cabaran dan kekangan telah dilalui melibatkan pelbagai aspek terutama sekali dalam hal kewangan dan kemahiran.Dalam pendigitalan bahan, beberapa perkara tidak boleh diabaikan seperti metadata, kandungan, pengaksesan, penyerahan dan pemeliharaan bahan. Aspek-aspek ini perlu diteliti dan dijaga kerana keseluruhan bahan adalah harta bernilai Universiti. Selain itu isu hak cipta dan penguatkuasaan dari pengurusan tertinggi Universiti masih menjadi masalah utama sehingga hari ini. Apabila bahan boleh diakses secara dalam talian, sudah semestinya banyak perkara yang perlu dititik beratkan terutama sekali dalam meletakkan repositori ini pada kedudukan yang baik dalam Ranking Web of World Repositories yang sedikit sebanyak juga memberi kesan kepada kedudukan Universiti secara keseluruhannya dalam Webmotectrics Ranking of World Universities. Walau bagaimana pun, segala isu, cabaran dan kekangan telah membantu repositori institusi Perpustakaan ini menjadi lebih dikenali dan penggunaannya juga semakin meningkat dari semasa ke semasa.