Kesalahan dalam permainan sukan dari aspek syariah dan undang-undang

Dewasa ini sukan tidak lagi merupakan satu aktiviti harian, hobi dan mengisi masa lapang. Malahan sukan pada masa kini telah berkembang pesat dengan penganjuran pertandingan dan perlawanan samada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa. Kita sedia maklum bahawa setiap permainan sukan sudah ten...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azman Ab Rahman
Format: Article
Language:Malay
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2016
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/9974
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dewasa ini sukan tidak lagi merupakan satu aktiviti harian, hobi dan mengisi masa lapang. Malahan sukan pada masa kini telah berkembang pesat dengan penganjuran pertandingan dan perlawanan samada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa. Kita sedia maklum bahawa setiap permainan sukan sudah tentu mempunyai peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh semua atlit yang terlibat. Pada kebiasaannya salah satu daripada syarat peraturan pertandingan yang mesti diikuti oleh para atlit adalah tidak dibenarkan melakukan kesalahan seperti mencederakan pemain lawan atau mengakibatkan kematian sama ada sengaja ataupun tidak. Islam juga amat mengalakkan agar umatnya sentiasa melibatkan aktiviti sukan dan pertandingan kerana ianya secara tidak langsung dapat menyehatkan badan dan mencergaskan minda. Namun begitu, Islam juga ada memberi garis panduan dan peraturan kepada mereka yang terlibat dalam aktiviti pertandingan sukan dengan memperuntukkan hukuman dan pampasan sekiranya terdapat dikalangan atlit yang melakukan kesalahan sehingga mencederakan atau mengakibatkan kematian pihak tertentu. Artikel ini bertujuan menjelaskan pandangan Islam terhadap kesalahan dan hukuman yang dikenakan, di samping melihat sama ada wujud ataupun tidak peruntukan undang-undang di Malaysia dun antarabangsa tentang isu ini. Artikel ini hanya membincangkan kesalahan yang dilakukan antara pemain sahaja tanpa menyentuh perbincangan kesalahan yang berlaku diantara pemain dan pengadil, penonton dan pihak tertentu.