Pemikiran Optimis Menurut Warisan Nabawi
Optimisme merupakan keyakinan diri dan salah satu sifat baik yang dianjurkan dalam Islam. Dengan sikap optimisme ini, seseorang akan bersemangat dalam menjalani kehidupan, baik demi kehidupan di dunia maupun kehidupan di akhirat kelak. Optimisme merupakan sikap yang harus dimiliki oleh setiap manusi...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Burmese |
Published: |
Universiti Sains Islam Malaysia
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/9967 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Optimisme merupakan keyakinan diri dan salah satu sifat baik yang dianjurkan dalam Islam. Dengan sikap optimisme ini, seseorang akan bersemangat dalam menjalani kehidupan, baik demi kehidupan di dunia maupun kehidupan di akhirat kelak. Optimisme merupakan sikap yang harus dimiliki oleh setiap manusia, khususnya seorang Muslim kerana dengan sikap ini, seorang muslim itu akan selalu berusaha semaksimum mungkin bagi mencapai cita-cita atau wawasan yang disasarkannya. Nabi Muhammad s.a.w juga menganjurkan sifat murni ini untuk disuburkan dalam hati umat Islam. Kajian ini cuba membahaskan ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis yang menyarankan optimisme dan apakah tafsiran al-Qur'an dan Hadis terhadap sifat tersebut. Kajian ini sedikit sebanyak menyentuh larangan Islam terhadap sikap pesimisme yang merupakan halangan utama bagi seseorang untuk menerima sebarang masalah dan cabaran dalam hidup. Pesimisme pula merupakan suatu perasaan yang membayangkan kehidupan itu penuh dengan kesulitan dan kegagalan. Sikap ini menjebakkan seseorang dalam kancah keraguan dan jurang kelemahan dalam menghadapi masa depan. Sikap seperti ini sangat dibenci oleh Islam. Justeru, optimisme sangat diperlukan dalam kehidupan kita seharian bagi mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat bersesuaian dengan perintah dan saranan Nabi Muhammad s.a.w untuk menghayati sifat tersebut. Dengan adanya optimistisme dalam diri setiap Muslim, maka daya saing, motivasi, inovasi dan kreativiti dalam kerja dalam diperkembangkan. Seterusnya produktiviti sesebuah negara, institusi, masayarakat mahu pun individu dapat dipertingkatkan. |
---|