Prospek Pengurusan Modal Mampu Meningkatkan Prestasi Baitulmal Di Malaysia

Kajian ini mengenai Baitulmal iaitu sebuah perbendaharaan yang menguruskan kewangan Islam negara. Kedudukan Baitulmal sebagai sebuah perbendahaan Islam seharusnya diletakkan dalam struktur perdana negara. Tetapi peranan Baitulmal dipinggirkan serta diperkecilkan fungsinya dalam unit-unit kecil di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Osman, Mohd Farihal, Tayib, Mahamad, Ahmad, Nor Hayati, Ahmad, Muhammad
Format: Conference Paper
Language:Burmese
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2016
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/9901
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini mengenai Baitulmal iaitu sebuah perbendaharaan yang menguruskan kewangan Islam negara. Kedudukan Baitulmal sebagai sebuah perbendahaan Islam seharusnya diletakkan dalam struktur perdana negara. Tetapi peranan Baitulmal dipinggirkan serta diperkecilkan fungsinya dalam unit-unit kecil di Majlis Agama Islam Negeri. Selain itu, kewujudan beberapa institusi menyerupai Baitulmal telah menafikan hak untuk menerima dana. Oleh itu, fokus kajian ini untuk mengenalpasti profil pihak berkuasa Agama Islam yang menguruskan Baitulmal di Malaysia. Kajian berbentuk empirikal ke atas prestasi Baitulmal jarang sekali dilaksanakan di Malaysia atau di luar negara. Data telah dikumpulkan melalui soal selidik. Seramai 318 orang responden yang terdiri daripada lima buah Baitulmal di lima buah negeri terlibat dalam kajian ini. Analisa menggunakan perisian SPSS versi 19.0 iaitu dengan menumpukan perhatian kepada beberapa ciri yang terdapat dalam fenomena kajian dengan menerangkan secara deskriptif. Hasil penemuan menunjukkan menunjukkan golongan muda menguasai pengurusan Baitulmal. Golongan ini boleh dibimbing mengikut acuan sebenar Baitulmal dan mereka memiliki kelayakan akademik. Ini menunjukkan prestasi Baitulmal boleh dipertingkatkan dengan latihan dan kemahiran modal insan iaitu pekerja dalaman Baitulmal sendiri atau Majlis Agama Islam Negeri amnya. Penemuan juga mendapati terdapat pertambahan dan peningkatan pendapatan Baitulmal di negeri-negeri dari tahun ke tahun. Apabila digabung pendapatan Baitulmal dari negeri-negeri seluruh Malaysia membolehkan pengurusan modal (dana) tersebut digemblengkan demi manfaat masyarakat terutama sekali golongan miskin tegar (asnaf). Secara keseluruhannya, penemuan kajian ini menyarankan supaya ditubuhkan sebuah Baitulmal pusat yang di kenali Baitulmal negara yang berfungsi menyelaraskan pengurusan Baitulmal negeri-negeri di Malaysia.