Peranan Wakaf Dalam Penjagaan Kesihatan Dan Perubatan Dari Perspektif Responden: Kajian Kes Di Hospital An-Nur
Wakaf adalah satu bentuk kebajikan yang unik dalam ajaran Islam kerana ia adalah ibadah yang menggabungkan aspek kerohanian dan kebendaan. Wakaf mempunyai peranan besar dalam membantu pihak kerajaan menyediakan perkhidmatan seperti kesihatan, pendidikan, perbandaran dan sebagainya kepada masyarak...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference Paper |
Language: | Burmese |
Published: |
Universiti Sains Islam Malaysia
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/9892 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Wakaf adalah satu bentuk kebajikan yang unik dalam ajaran Islam kerana ia adalah ibadah
yang menggabungkan aspek kerohanian dan kebendaan. Wakaf mempunyai peranan besar
dalam membantu pihak kerajaan menyediakan perkhidmatan seperti kesihatan, pendidikan,
perbandaran dan sebagainya kepada masyarakat. Ini jelas dapat dilihat ketika zaman
kegemilangan Islam pada suatu ketika dahulu. Kertas kerja ini membincangkan tentang
peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh Hospital Waqaf An-Nur, model hospital wakaf
pertama di Malaysia kepada masyarakat setempat dalam mengimplimentasikan konsep
wakaf. Objektif penubuhan hospital wakaf ini adalah untuk memberi dan menyediakan
kemudahan rawatan penjagaan kesihatan dan perubatan dengan harga yang mempu dibiayai
oleh masyarakat khususnya golongan berpendapatan rendah tanpa mengira bangsa dan
agama. Objektif kertas kerja ini adalah untuk menjelaskan peranan yang dimainkan hospital
wakaf ini dengan menemubual para pesakit yang menerima rawatan di HWAN dan Pengurus
Operasi HWAN. Data daripada temubual tersebut dianalisis menggunakan kaedah analisis
kandungan berdasarkan tema-tema yang berkaitan. Antara tema tersebut adalah berkaitan
perkhidmatan yang ditawarkan, bayaran, faktor pemilihan hospital, pandangan terhadap
hospital wakaf dan lain-lain. Kesihatan adalah satu keperluan kepada semua, namun bagi
golongan miskin dan berpendapatan rendah kesihatan menjadi suatu perkara yang sangat
mahal. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa, peranan wakaf dalam penjagaan
kesihatan dan perubatan di HWAN kepada masyarakat setempat dapat dilihat dengan
mengenakan bayaran yang rendah kepada masyarakat dalam mendapatkan rawatan terbaik.
Selain itu wakaf menjadi satu alternatif bagi membantu meringankan beban kerajaan dan
masyarakat dalam aspek penjagaan kesihatan dan perubatan. |
---|