Pembangunan Waqaf Pendidikan Di Ipt Malaysia: Satu Alternatif Untuk Mengurangkan Kos Pengajian
Peningkatan taraf hidup masyarakat turut memberikan impak ke atas kos melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi, baik di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) maupun swasta (IPTS). Bagaikan satu fenomena, bebanan kos pengajian ini terpaksa ditanggung oleh para pelajar melalui pinjaman...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference Paper |
Language: | Burmese |
Published: |
Universiti Sains Islam Malaysia
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/9888 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Peningkatan taraf hidup masyarakat turut memberikan impak ke atas kos melanjutkan
pengajian di institusi pengajian tinggi, baik di institusi pengajian tinggi awam (IPTA)
maupun swasta (IPTS). Bagaikan satu fenomena, bebanan kos pengajian ini terpaksa
ditanggung oleh para pelajar melalui pinjaman pendidikan yang diperoleh dari badan-badan
kerajaan pusat ataupun negeri, bank dan juga badan-badan korporat. Hal ini bukanlah suatu
yang baik kerana para pelajar tidak sepatutnya dibebankan dengan hutang untuk
mendapatkan pendidikan. Apatah lagi, menurut Islam tanggungjawab ini perlu dipikul oleh
ibubapa. Sudah tiba masanya masyarakat Islam mengkaji semula peranan yang boleh
dimainkan oleh institusi waqaf justeru sejarah telah mencatatkan bahawa institusi wakaf telah
banyak memainkan peranan yang sangat signifikan sebagai salah satu mekanisme yang
berkesan untuk meningkatkan kualiti hidup umat Islam dalam pelbagai bidang kehidupan
termasuklah pendidikan. Kajian ini akan memberi tumpuan kepada peranan institusi wakaf
dalam mengurangkan beban kewangan pelajar sepanjang pengajian mereka di institusi
pengajian tinggi di Malaysia. Dengan membangunkan sistem wakaf pendidikan di institusi
pendidikan tinggi awam dan swasta, sebahagian kos pengajian ini boleh dialihkan daripada
bebanan para pelajar tanpa menjejaskan kewangan IPT berkenaan. |
---|