Implementesi Kontrak Musaqah Untuk Pembangunan Tanah Wakaf Terbiar Dalam Menjana Ekonomi Sektor Pertanian Di Malaysia
Wakaf merupakan instrumen terpenting selepas zakat dalam menggerakkan sumbernya ke arah pembangunan sosial ekonomi umat Islam secara amnya. Namun demikian, institusi wakaf di Malaysia tidak sepatutnya menjadikan harta wakaf sebagai sumber simpanan dan ianya perlu digerakkan demi mencapai matlamat...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference Paper |
Language: | Burmese |
Published: |
Universiti Sains Islam Malaysia
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/9876 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Wakaf merupakan instrumen terpenting selepas zakat dalam menggerakkan sumbernya ke
arah pembangunan sosial ekonomi umat Islam secara amnya. Namun demikian, institusi
wakaf di Malaysia tidak sepatutnya menjadikan harta wakaf sebagai sumber simpanan dan
ianya perlu digerakkan demi mencapai matlamat asas wakaf itu sendiri. Pensyariatan wakaf
dapat dilihat dari aspek yang lebih luas di mana wakaf boleh dijadikan sebagai penggerak
kepada pembangunan negara sama ada dari sudut ekonomi pertanian mahupun ekonomi
pembangunan. Dalam merealisasikan matlamat ini, kontrak musaqah adalah satu alternatif
yang perlu diketenggahkan dalam membangunkan tanah wakaf terbiar untuk projek pertanian
yang boleh menjana keuntungan yang berpanjangan dan lumayan. Bahkan tanah wakaf yang
terbiar juga boleh dijana untuk mendapatkan hasil pendapatan yang tinggi serta
membangunkan sosial ekonomi ke arah yang lebih baik dan selesa. Di samping itu juga,
hasil pendapatan daripada sektor perladangan seperti kelapa sawit dapat meningkatkan
pendapatan negeri iaitu di bawah majlis agama Islam negeri serta meningkatkan pendapatan
perkapita negara. Dengan mengimplementasikan kontrak musaqah ini dalam membangunkan
tanah wakaf terbiar, pihak berkuasa tempatan iaitu pihak majlis agama Islam negeri dapat
membantu golongan miskin di mana pembangunan tanah wakaf tersebut dibuat secara
usahasama dengan golongan tersebut. Lantaran daripada cadangan tersebut, golongan miskin
ini dapat dikurangkan dan seterusnya negara boleh mencapai sebagai negara maju dalam
merealisasikan misi 2020. |
---|