KRISIS RUMAHTANGGA: PUNCA-PUNCA DAN CARA UNTUK MENGATASINYA MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH DAN AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984

Syariah Islam amat memandang berat terhadap sistem keluarga atau rumah tangga kerana ia berfungsi sebagai satu institusi yang corak, bentuk dan keadaannya akan menentukan pula corak, bentuk dan keadaan masyarakat. Ia juga berfungsi sebagai sumber tenaga manusia yang akan mengisi kehidupan masyarak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Haliza A. Shukor, Hasnizam Hashim, Intan Nadia Ghulam Khan
Format: Article
Language:Burmese
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2015
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/9408
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Syariah Islam amat memandang berat terhadap sistem keluarga atau rumah tangga kerana ia berfungsi sebagai satu institusi yang corak, bentuk dan keadaannya akan menentukan pula corak, bentuk dan keadaan masyarakat. Ia juga berfungsi sebagai sumber tenaga manusia yang akan mengisi kehidupan masyarakat kemudian hari dan menentukan bentuk kehidupan tersebut. Di samping itu, keluarga juga berfungsi sebagai tempat membina peradaban dan kebudayaan masyarakat serta perkembangannya. Terdapat lima asas institusi kekeluargaan dalam Islam yang merangkumi, akidah, syarat, akhlak, cinta dan kasih sayang, persamaan, keadilan dan jaminan sosial. Namun begitu, krisis rumahtangga masih banyak berlaku di kalangan masyarakat Islam. Antara punca-punca krisis rumah tangga ialah pengetahuan dan pendidikan agama yang tidak sempurna, tekanan bebanan kerja, sikap pasangan, campur tangan pihak luar, masalah ekonomi dan sebagainya. Oleh yang demikian, artikel ini akann membincangkan tentang krisis rumah tangga, punca-punca dan cara untuk mengatasinya nenurut perspektif syariah dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah- Wilayah Persekutuan)1984. Adalah diharapkan agar artikel ini dapat menyemai kesedaran dan memberikan input berkesan dalam memahami tanggungjawah masing-masing dalam kehidupan berkeluarga.