Khidmat Sukarela : Komitmen Tulus Dan Murni Yang Merancakkan Kegiatan Aktiviti Fardu Kifayah

Kertas ke rja ini akan membincangkan isu kesukarelawanan yang menjadi bidang pelengkap kepada segala amalan kebajikan dalam Islam. Isu ini juga menjadi tonggak kepada penghayatan nilai-nilai murni yang merealisasikan keikhlasan dalam setiap perbuatan dan perkataan. Hal ini berikutan kerja-kerja y...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Syed Hassan, Syed Najihuddin, Zakaria, Nidzamuddin
Format: Research Report
Language:Burmese
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2015
Online Access:http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/9305
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas ke rja ini akan membincangkan isu kesukarelawanan yang menjadi bidang pelengkap kepada segala amalan kebajikan dalam Islam. Isu ini juga menjadi tonggak kepada penghayatan nilai-nilai murni yang merealisasikan keikhlasan dalam setiap perbuatan dan perkataan. Hal ini berikutan kerja-kerja yang dijalankan tidak mengharapkan sebarang balasan daripada penerimanya. Justeru, ha1 ini amat bertepatan dengan tuntutan Islam yang mengutamakan ketulusan dan keikhlasan dalam beramal. Kertas kerja ini akan menghuraikan konsep kesukarelawanan menurut perspektif Islam, yang meliputi sorotan dalil yang menyentuh aspek tersebut berserta contoh-contoh amalan generasi terawal Islam yang menitikberatkan amalan kesukarelawanan. Dalam pada itu, disenaraikan juga contohcontoh terkini bagi khidmat sukarela yang belum diterokai sepenuhnya oleh umat Islam tetapi sedang rancak dilaksanakan oleh bukan Islam seperti "talking book." untuk golongan kurang upaya penglihatan, dan pemantapan amalan Islam serta dakwah bagi masyarakat pedalaman. Selain itu, turut diklasifikasikan cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh para sukarelawan dalam melaksanakan komitmen tersebut. Di samping itu, dijelaskan berbagai cara penyelesaian yang membantu menyemarakkan aktiviti tersebut yang mana ha1 ini berkait rapat' dengan pemerkasaan fardu kifayah dalarn masyarakat. Keterlibatan semua pihak, seperti badan kerajaan, badan korporat, badan bukan kerajaan dan individu, dijangka akan menggiatkan lagi aktiviti kesukarelawanan ini dan memastikan kelangsungan pelaksanaannya untuk kebaikan agama, bangsa dan negara.