Perlindungan Pemagang Saham Minoriti Di Malaysia Dalam Konteks Pengambilalihan Korporat

Pengambilalihan (acquisition) korporat boleh memberi implikasi negatif kepada pemegang saham minoriti. Makalah ini telah meneliti isu perlindungan bagi pemegang saham minoriti dalam konteks pengambilalihan (acquisition) syarikat senaraian awam (public listed companies) di Malaysia. Penelitian dilak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Suraiya Ishak, Ahmad Raflis Che Omar
Format: Article
Language:Burmese
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2015
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/9056
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengambilalihan (acquisition) korporat boleh memberi implikasi negatif kepada pemegang saham minoriti. Makalah ini telah meneliti isu perlindungan bagi pemegang saham minoriti dalam konteks pengambilalihan (acquisition) syarikat senaraian awam (public listed companies) di Malaysia. Penelitian dilaksanakan dengan melihat liputan peruntukan yang disediakan menerusi perundangan dan keperluan-­keperluan tatacara bagi pemantauan pelaksanaan pengambilalihan korporat di Malaysia. Di samping itu, gerakan shareholder activism oleh Minority Shareholder Watchdog Group (MSWG) bagi memelihara kepentingan pelaburan pemegang saham minoriti di Malaysia turut diteliti. Hasil penelitian merumuskan perlindungan pemegang saham minoriti di Malaysia wujud dalam bentuk kaveat emptor yang bergantung kepada peruntukan peraturan. Peruntukan undang-­undang telah digunakan bagi menyediakan prasarana asas dalam menjaga kepentingan pelabur minoriti. Namun masih wujud peruntukan yang longgar dan dimanipulasi oleh pemegang saham majoriti dalam melaksanakan pengambilalihan aset dan liabiliti serta memudaratkan kepentingan pemegang saham minoriti.