Pelaksanaan Kelas Pengajian Tafsir Al-Quran & Hadith: Ujian Terhadap Beberapa Masjid Terpilih Sekitar Nilai Dan Wilayah Persekutuan

Gambaran sempit yang melihat kepada peranan Masjid yang hanya terfokus kepada pusat pengabdian amalan ritual semata-mata adalah pandangan yang jauh menyimpang dari kebenaran. Sebaliknya sejarah membuktikan bahawa masjid adalah merupakan pusat syi'ar Islam yang menghubungkan hamba dengan Penc...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
主要な著者: Norakyairee Mohd Raus, Noornajihan Jaafar
フォーマット: Conference Paper
言語:Burmese
出版事項: 2014
主題:
オンライン・アクセス:http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/7461
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Gambaran sempit yang melihat kepada peranan Masjid yang hanya terfokus kepada pusat pengabdian amalan ritual semata-mata adalah pandangan yang jauh menyimpang dari kebenaran. Sebaliknya sejarah membuktikan bahawa masjid adalah merupakan pusat syi'ar Islam yang menghubungkan hamba dengan Penciptanya dari pelbagai sudut pengabdian selaras dengan konsep al-imarah iaitu memakmurkan masjid sebagai pusat pendidikan rohani dan jasmani ke arah mentauhidkan Allah s.w.t. Justeru satu kajian telah dijalankan bagi meninjau pelaksanaan kelas pengajian Tafir Al- Quran dan Hadith di beberapa Masjid tepilih sekitar Nilai dan Wilayah Persekutuan. Kajian tertumpu kepada cara pelaksaan kelas pengajian tersebut, yang merangkumi kaedah pengajaran, silibus dan kitab yang digunakan, kelayakan guru yang mengajar, serta peserta yang terlibat. Kajian ini berbentuk gabungan antara kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian perpustakaan, tertumpu kepada pengumpulan data dan maklumat berpandukan bahan-bahan berbentuk primier dan sekunder. Manakala kajian lapangan pula menggunakan kaedah temu bual, edaran borang kaji selidik dan pengamatan ke atas kajian kes. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengajian Tafsir al-Quran dan Hadith di masjid-masjid memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat mencintai al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w dengan menjadikannya sebagai wirid harian sama ada dalam konteks membaca, menghafal dan memahami isi kandungannya. Beberapa cadangan penambahbaikan juga disarankan dalam kajian ini ke arah memantapkan lagi sistem pengajian ini sama ada dari sudut pemerkasaan terhadap bahan rujukan, kaedah penyampaian dan isi kandungan pengajian.