Nilai dan Etika Perniagaan dalam Islam bagi Membentuk Usahawan Bertakwa
Bidang keusahawanan dikenal pasti sebagai pemangkin yang berpotensi besar untuk membangunkan ekonomi sesebuah negara. Islam sememangnya menggalakkan umatnya menceburkan diri dalam bidang keusahawanan sejak dari dulu lagi. Menjadikan aktiviti keusahawanan sebagai suatu ibadat akan mendorong seseor...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference Paper |
Language: | Burmese |
Published: |
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/6038 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Bidang keusahawanan dikenal pasti sebagai pemangkin yang berpotensi besar untuk
membangunkan ekonomi sesebuah negara. Islam sememangnya menggalakkan umatnya
menceburkan diri dalam bidang keusahawanan sejak dari dulu lagi. Menjadikan aktiviti
keusahawanan sebagai suatu ibadat akan mendorong seseorang Muslim untuk menjadi
usahawan yang berjaya. Walaupun begitu, terdapat usahawan Muslim yang menjalankan
perniagaan tanpa mengira halal dan haram di sisi syarak. Mereka menjalankan
perniagaan dengan cara batil (tidak beretika) asalkan mendapatpulangan yang lumayan.
Artikel ini bertujuan untuk mengkaji nilai dan etika Islam dalam membentuk usahawan
yang bertakwa. Usahawan yang bertahva akan sentiasa beristiqamah dalam usaha
untuk merealisasikan keusahawanan secara syumul dan seimbang. Untuk mencapainya,
usahawan hendaklah bersedia untuk merealisasikan nilai keusahawanan yang terdapat
dalam ajaran Islam secara berterusan termasuklah berikhtiar, beristiqmah, berlaku adil,
ihsan, amanah dan ikhlas. Dengan cara ini, umat Islam akan memperolehi matlamat yang
unggul iaitu "Al-Falah ", kebahagiaan dunia dan akhirat. Oleh itu, penghayatan kepada
al-Quran dan al-Sunnah dapat membantu usahawan kepada pembentukan tauhid yang
sebenar dan merupakan akar umbi kepada pembentukan nilai dan etika yang tinggi. |
---|