TV AlHijrah: lnovasi Baru dalam Landskap Dunia Penyiaran Islam
Penubuhan stesen TV AlHijrah pada tahun 2009 ternyata telah membawa satu inovasi baru dan mewarnai dunia penyiaran dengan berkonsepkan Islamik. Pembaharuan yang dinamik ini mencetuskan fenomena baru kepada seluruh dunia dengan pendekatan falsafah penyiaran yang berorientasikan Islam dan kandungan...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference Paper |
Language: | Burmese |
Published: |
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/6034 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penubuhan stesen TV AlHijrah pada tahun 2009 ternyata telah membawa satu inovasi
baru dan mewarnai dunia penyiaran dengan berkonsepkan Islamik. Pembaharuan yang
dinamik ini mencetuskan fenomena baru kepada seluruh dunia dengan pendekatan falsafah
penyiaran yang berorientasikan Islam dan kandungan TV program yang telah disusun
dan disiarkan untuk tontonan masyarakat. Konteks tajdid ataupun 'renewal'dalam media
penyiaran yang dibawa oleh stesen TV ini sekaligus mengangkat imej positif Islam ke
seluruh pelusuk dunia. Walaupun penubuhan stesen TV ini masih baru namun konsep Islam
yang diperkenalkan nyata memberi perubahan besar dalam landskap dunia penyiaran.
Penelitian awal juga menunjukkan terdapat perbezaan di antara konsep penyiaran yang
dibawa oleh TVAlHijrah dan stesen televisyen lain yang sedia ada. Justeru, kertas konsep
ini akan menelusuri sejarah penubuhan TV AlHijrah serta meneliti objektif dan idea yang
cuba dibawa oleh stesen ini. Selain itu, kajian ini juga akan cuba merungkai segala isu,
cabaran dan pendekatan dakwah Islamiah yang dibawa oleh TV AlHijrah dalam usaha
mencipta kreativiti baharu untuk mengubah landskap media penyiaran demi kebaikan dan
pembangunan ummah sejagat. |
---|