Kedudukan dan Peranan Kadi Syarie di Selatan Thailand dalam Penyelesaian Isu-lsu Kekeluargaan Islam

Kajian ini berusaha untuk mengenal pasti tentang kedudukan kadi syarie di selatan Thailand dan Isu-isu keluarga Islam yang berkaitan dengan wali dan poligami serta peranan kadi syarie dalam menyelesaikan isu-isu tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif maka penulis menggunakan metode kaji...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Iswanda Fauzan S
Format: Conference Paper
Language:Burmese
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/6025
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini berusaha untuk mengenal pasti tentang kedudukan kadi syarie di selatan Thailand dan Isu-isu keluarga Islam yang berkaitan dengan wali dan poligami serta peranan kadi syarie dalam menyelesaikan isu-isu tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif maka penulis menggunakan metode kajian kepustakaan dan dibantu oleh kajian lapangan. Kajian lapangan melalui wawancara tokoh-tokoh agama yang terdiri daripada kadi syarie dan ahli jawatankuasa Majlis Agama Islam dengan mengguna kaedah Purposive Sampling. Hasil kajian ini dapat mengenalpasti bahawa kedudukan kadi syarie diiktiraf oleh syarak dan Akta Pentadbiran Institusi Agama Tahun 1946 (fasal 10) sementara di sisi pegawai di pejabat kerajaan masih dipersoalkan. Masalah isu-isu keluarga Islam yang berkaitan dengan wali dan poligami turut dipermasalahkan kerana pihak pegawai di jabatan kerajaan menganggap bahawa undang-undang sivil mesti diutamakan dan diguna pakai oleh semua rakyat Thailand. Tentang peranannya umat Islam menaruh kepercayaan kepada kadi syarie walau kedudukan tidak diiktiraf oleh pegawai di jabatan kerajaan. Oleh itu, sebahagian besar isu-isu kekeluargaan yang berkaitan dengan wali dan poligami dapat diselesaikan secara damai melalui institusi kadi syarie.