Analisis Kepimpinan dalam Islam daripada Perspektif Kualiti dan Produktiviti
Kajian kepimpinan menerusi kebanyakan sorotan kepustakaan memaparkan perkembangan yang memerlukan penyelidikan lanjutan. Ini kerana walaupun topik kepimpinan hangat diperbincangkan oleh penyelidik dalam pelbagai disiplin ilmu, ianya masih belum menemukan satu kesimpulan yang konkrit. Salah satu b...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference Paper |
Language: | Burmese |
Published: |
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/6020 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian kepimpinan menerusi kebanyakan sorotan kepustakaan memaparkan perkembangan
yang memerlukan penyelidikan lanjutan. Ini kerana walaupun topik kepimpinan hangat
diperbincangkan oleh penyelidik dalam pelbagai disiplin ilmu, ianya masih belum
menemukan satu kesimpulan yang konkrit. Salah satu bidang keutamaannya ialah
kepimpinan dalam konteks budaya Islam. Kepimpinan dalam Islam adalah unik, dinamik,
malah merentasi masa, zaman serta budaya. Ini kerana dalam tamadun tradisional dan
moden, Islam tetap diiktiraf sebagai satu sistem cara hidup (al-Din) komprehensifyang
merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Buktinya, bermula dengan siri-siri wacana
kepimpinan dari perspektif Islam yang dibahaskan, akhirnya membentuk gagasan
kepimpinan Islam yang tersendiri. Namun demikian, gagasan kepimpinan Islam termasuk
kepimpinan sedia ada sedang menghadapi cabaran dunia globalisasi dipelbagai peringkat
dalam usaha mempertingkatkan kualiti kemanusiaan dan tamadun ke arah yang lebih
sempurna. Kemunculan beberapa istilah seperti pengurusan saintifik, pengurusan kualiti,
produktiviti, kreativiti, inovasi dan sebagainya sedikit sebanyak memberi impak terhadap
sistem kepimpinan itu sendiri. Justeru, tulisan ini cuba menganalisis kepimpinan dalam
Islam dari kaca mata kualiti dun produktiviti dengan merujuk kepada sumber autentik
dalam Islam serta sorotan kepustakaan yang berkaitan. Ini menunjukkan bahawa Islam
mempunyaipendekatan unikdalam mengkaji hubungkait di antara aspek kepimpinan, kualiti
dan produktiviti, sekaligus tidak menajikan kepentingan elemen-elemen pembaharuan dan
penambahbaikan bagi menjamin kesejahteraan manusia dun persekitarannya. |
---|