Pelaksanaan Kuasa Pemerintah dalam Kutipan Zakat di Zaman Kegemilangan Beberapa Pemerintahan Islam
Makalah ini bertujuan menelitiperintah Allah ke atas para pemerintah untuk mengutip zakat daripada golongan yang layak serta membahaskan aplikasi dan kaedah penguatkuasaan zakat yang menjadi amalan pemerintah Islam sejak di zaman Nabi Muhammad s.a.w, para khulafa' al-rashidin serta beberapa...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Conference Paper |
Language: | Burmese |
Published: |
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/6001 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Makalah ini bertujuan menelitiperintah Allah ke atas para pemerintah untuk mengutip zakat
daripada golongan yang layak serta membahaskan aplikasi dan kaedah penguatkuasaan
zakat yang menjadi amalan pemerintah Islam sejak di zaman Nabi Muhammad s.a.w, para
khulafa' al-rashidin serta beberapa pemerintahan Islam selepasnya. Aspek utama yang
akan dibincangkan adalah pendekatan yang digunakan para pemerintah kerajaan Islam
tersebut dalam mengurus dan mengumpul harta zakat daripada masyarakat Islam; adakah
tertumpu melalui kaedah dakwah dan penerangan semata-mata ataupun melalui kaedah-kaedah
lain yang lebih tegas. Kajian ini adalah kajian kualitatif menggunakan metode
kajian analisa kandungan bagi mengumpulkan maklumat berkenaan perintah Allah ke atas
pemerintah untuk memungut zakat. Kaedah ini juga digunakan untuk mendapatkan data
berkaitan amalan penguatkuasaan zakat ketika zaman kegemilangan pemerintahan Islam
bermula sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w sehingga ke beberapa zaman pemerintah
Islam selepas kewafatan baginda. Hasil kajian ini mendapati bahawa pendekatan
pendidikan dan dakwah diaplikasikan oleh para pemerintah Islam terdahulu ketika umat
Islam masih menjadi golongan minoriti iaitu ketika zaman awal kedatangan agama
tersebut. Manakala kaedah masyhur yang seringkali digunakan oleh Nabi Muhammad
s.a.w dan beberapa pemerintah Islam selepasnya adalah melalui penguatkuasaan lebih
tegas iaitu mengutuskan amil untuk mengutip zakat secara langsung daripada masyarakat
Islam dan bertindak tegas terhadap golongan yang enggan menunaikan zakat. |
---|