Peranan Ahli Psikologi Islam

Psikologi adalah salah satu cabang ilmu yang bercambah dari ilmu falsafah. Walau bagaimanapun psikologi juga bukan tergolong dalam cabang ilmu sains hayat atau sains tulen. Ini kerana psikologi mengambil cebisan dari kedua-dua bidang ilmu ini. Bidang ini telah lama berkembang sejak zaman kegemilan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azwaildi Azalan
Format: Conference Paper
Language:Burmese
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/5999
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Psikologi adalah salah satu cabang ilmu yang bercambah dari ilmu falsafah. Walau bagaimanapun psikologi juga bukan tergolong dalam cabang ilmu sains hayat atau sains tulen. Ini kerana psikologi mengambil cebisan dari kedua-dua bidang ilmu ini. Bidang ini telah lama berkembang sejak zaman kegemilangan tamadun purba Mesic Greek, China dan India. Perkembangan ilmu psikologi kini dilihat kini semakin jauh dari penerapan awal ilmu ini oleh tamadun terdahulu yang menggunakan pendekatan untuk mendekatkan diri dengan Maha Pencipta. Tugas memurnikan dan mensucikan kembali pemikiran dan rohani mereka ini bukan sahaja terletak di bahu pemimpin dun pendakwah, malah ahli psikologi yang beragama Islam. Ini kerana kepakaran ahli psikologi Islam adalah amat penting dalam memperbetulkan kembali pemikiran dan konsep yang terdapat dalam ilmu psikologi kini. Malah Nabi Muhammad s.a.w. sendiri menggunakan pendekatan psikologi dalam penyebaran dakwahnya dengan wahyu Allah s.w.t. Ini dapat dijelaskan dengan keperibadian yang disenangi oleh kaum di Mekah dan diperlihatkan dalam fasa dan peringkat penyebaran itu sendiri secara bersembunyi hingga secara terang-terangan.Oleh yang demikian adalah penting ahli psikologi Islam kini memainkan peranan penting dalam pemurnian dan pembetulan konsep psikologi yang sedia ada. Ini kerana ilmu psikologi itu asanya adalah diperkembangkan oleh umat Islam itu sendiri.