Kerangka lntegriti Kepimpinan Islam: Pengajaran daripada Model Kepimpinan Rasulullah SAW
Kepimpinan merupakan elemen penting dalam menentukan halatuju dun kejayaan sesebuah organisasi dan negara. Oleh yang demikian, pelbagai negara dan organisasi di dunia pada hari ini menubuhkan institut serta pusat pembangunan kepimpinan bagi melahirkan pemimpin yang kompetan untuk memimpin organis...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference Paper |
Language: | Burmese |
Published: |
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/5992 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kepimpinan merupakan elemen penting dalam menentukan halatuju dun kejayaan sesebuah
organisasi dan negara. Oleh yang demikian, pelbagai negara dan organisasi di dunia
pada hari ini menubuhkan institut serta pusat pembangunan kepimpinan bagi melahirkan
pemimpin yang kompetan untuk memimpin organisasi dan negara. Walaupun pelbagai
usaha telah dilaksanakan untuk melahirkan pemimpin yang berketerampilan melalui
pelbagai strategi latihan dan program pembangunan kepimpinan, namun dunia masih
menyaksikan kegagalan pemimpin menerajui organisasi dan Negara yang didedahkan
oleh pelbagai media. Pada masa yang sama, kita juga menyaksikan pemimpin-pemimpin
yang terlibat dengan isu-isu moral dan integriti. Lebih menyedihkan isu-isu yang agak
memalukan ini juga melibatkan pemimpin dari dunia Islam. Padahal Islam dengan jelas
menggariskan kepimpinan merupakan satu amanah dan bukannya satu kedudukan untuk
kepentingan diri. Fenomena ini menimbulkan persoalan adakah program pembangunan
kepimpinan tidak begitu berkesan untuk melahirkan pemimpin yang berintegriti serta
cekap bagi mengemudi organisasi dan negara. Menyedari isu-isu moral yang melibatkan
pemimpin sangat berkait rapat dengan integriti, maka kertas konsep ini mengemukakan
kerangka integriti bagi kepimpinan Islam. Melalui kertas ini, penulis mencadangkan supaya
integriti yang berpaksikan Islam menjadi dasar kepada kepimpinan Islam seperti yang
pernah ditunjukkan oleh kepimpinan Rasulullah SAW. Kertas ini juga mencadangkan agar
kerangka integriti menjadi asas kepada perencanaan program pembangunan kepimpinan
atau lebih dikenali sebagai Leadership Development Program (LDP). |
---|