Good Governance dan Wasatiyyah (Pentadbiran Baik dan Seimbang) dalam Karya Raja Ali Haji
Idea good governance dilahirkan di barat sebagai implikasi terhadap gabungan beberapa teori politik pemerintahan yang digagaskan ahli falsafah mereka daripada zaman Yunani. Regunya ialah idea-idea Islami tentang ha1 pemerintahan yang baik. Islam telah menawarkan alternatif terhadap sebarang bentu...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference Paper |
Language: | Burmese |
Published: |
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/5988 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Idea good governance dilahirkan di barat sebagai implikasi terhadap gabungan beberapa
teori politik pemerintahan yang digagaskan ahli falsafah mereka daripada zaman
Yunani. Regunya ialah idea-idea Islami tentang ha1 pemerintahan yang baik. Islam
telah menawarkan alternatif terhadap sebarang bentuk idea-idea yang didatangkan
oleh peradaban barat, untuk melengkapkan usaha pemikiran yang telah digerakkan
oleh pemikir mereka. Alum Melayu menerima manfaat paling besar apabila kemasukan
Islam. Lahirnya tamadun dun tokoh-tokoh ternama, didukung oleh Islam yang membawa
bersamanya cahaya pengetahuan. Raja Ali Haji adalah sebahagian daripada tokoh yang
lahir daripada zaman keemasan tamadun Melayu-Islam. Tanpa perlu belajar ilmu-ilmu
barat, Raja Ali Haji telah menyajikan sentuhan 'syarak mengata, adat menurut' dalam
tulisannya tentang bagaimana sesebuah pemerintahan yang baik dan seimbang mampu
dibina. Syarak adalah peraturan dun ketetapan Khaliq yang tuntas, manakala adat adalah
perkara cabang yang boleh diijtihadkan dalam usaha "membaik-baik negeri " dun menjaga
keseimbangan hubungan negara, raja dan rakyat. Beliau menekankan mengenai pemimpin
dan kepimpinan yang perlu bersikap adil dalam berhukum mengikut tuntutan syariat dun
menganjurkan kepentingan ilmu, pembinaan sahsiah rohani, rajin dun sikap terpuji lain.
Raja Ali Haji mewakili peribadi pemimpin yang ideal atas kedudukannya sebagai ulama
dun umara dalam sebuah negeri Melayu yang masyur. Kepimpinannya bertapakkan Islam
sebagai dasar pautan disamping berintegrasi dengan nilai-nilai adat kelaziman bagi
membangunkan sebuah idea pemerintahan yang baik dun wasatiyyah dalam memelihara
hubungan antara Tuhan, manusia, alam dan negara. |
---|