Ke Arah Membangun Garis Panduan dan Piawaian Pengeluaran Fatwa di Malaysia: Skop dan Kandungan

Pada masa kini fatwa telah menjadi satu institusi penting dalam negara dan masyarakat Islam. Serentak dengan perkembangan ini terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh institusi fatwa. Ini bukan bermaksud untuk menyatakan tiada terdapat cabaran atau masalah pada masa dahulu. Cuma bentuk cabaran y...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Hidayat Buang, Prof. Dr.
Format: Conference Paper
Language:Burmese
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2012
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/5966
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada masa kini fatwa telah menjadi satu institusi penting dalam negara dan masyarakat Islam. Serentak dengan perkembangan ini terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh institusi fatwa. Ini bukan bermaksud untuk menyatakan tiada terdapat cabaran atau masalah pada masa dahulu. Cuma bentuk cabaran yang dihadapi pada masa kini amat berbeza terutama berhadapan dengan pengaruh barat mengenai kemajuan, cara berfikir serta teori kemajuan yang meliputi seperti pemerintahan atau politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, cara hidup serta lain-lainnya. Di peringkat global cabaran utama fatwa ialah kewujudan pelbagai organisasi dan individu yang memberi fatwa yang mana dalam banyak keadaan perkara ini menimbulkan kekeliruan kepada orang awam. Cabaran ini timbul akibat teknologi di mana perhubungan dan sebaran-maklumat berlaku dengan pantas, mudah dan murah. Sesetengah pengkaji mengaitkan ini sebagai satu bentuk kesan globalisasi dimana. pihak yang mempunyai pengaruh akan menguasai isu dan keadaan. Dalam hubungan ini ulama timur tengah dikatakan mempunyai kelebihan daripada ulama yang lain atau apa yang diistilahkan secara misnomer sebagai religious supremacy.