The Administration of Zakat In Kedah Darul Aman

Zakat merupakan salah satu rukun dari rukun Islam yang lima yang diwajibkan ke atas orang Islam menunaikannya. lanya terbahagi kepada dua jenis iaitu Zakat Al-Fitr dan Zakat AI-Mal. Di bawah Zakat Al-Ma1 ialah Zakat Perniagaan, Pendapatan, Emas dan Perak serta Zakat Pertanian. Kutipan dan agihan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Badrul Munir Bin Mustafa Kamil
Format: Academic Projec
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://10.13.100.11/xmlui/handle/123456789/3197
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Zakat merupakan salah satu rukun dari rukun Islam yang lima yang diwajibkan ke atas orang Islam menunaikannya. lanya terbahagi kepada dua jenis iaitu Zakat Al-Fitr dan Zakat AI-Mal. Di bawah Zakat Al-Ma1 ialah Zakat Perniagaan, Pendapatan, Emas dan Perak serta Zakat Pertanian. Kutipan dan agihan Zakat merupakan dua elemen utama dalam sistem pengurusan Zakat. Kedua-dua komponen ini perlu dirancang dengan teliti supaya institusi Zakat dapat beroperasi dengan cekap demi mencapai matlamatnya dalam mengutip Zakat dari golongan yang kaya dan mengagihkannya kepada semua golongan Asnaf. Justeru, kajian ini dibuat terhadap Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman (JZNK) yang merupakan institusi Zakat paling utama di negeri 'jelapang padi' ini. Di bawah JZNK terdapat beberapa jawatankuasa yang mempunyai peranan yang berlainan. Setiap jawatankuasa inilah yang bertanggungjawab menguruskan perkara-perkara Zakat di negeri Kedah sepertimana yang telah diperuntukkan di bawah Undang-Undang Zakat Negeri Kedah , antaranya pengagihan dan pengumpulan Zakat. Kajian ini telah menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan temu bual. Selain itu, kajian ini juga membincangkan tentang pernasalahan yang sedang dihadapi JZNK dalam urusan kutipan dan agihan Zakat.