Conditions To Practice Polygamy From The Islamic Perspective

Isu poligami sedang hangat diperdebatkan dan mendapat liputan meluas daripada pihak media massa dan masyarakat pada masa kini. Ini berdasarkan ekoran daripada pengharusan pengamalan poligami. Banyak pihak yang menentang, ini kerana mereka yang mengamalkan poligami pada masa kini tidak melaksanaka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rahmah Binti Abu Seman
Format: Academic Project
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://10.13.100.11/xmlui/handle/123456789/3183
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu poligami sedang hangat diperdebatkan dan mendapat liputan meluas daripada pihak media massa dan masyarakat pada masa kini. Ini berdasarkan ekoran daripada pengharusan pengamalan poligami. Banyak pihak yang menentang, ini kerana mereka yang mengamalkan poligami pada masa kini tidak melaksanakan syarat-syarat yang di tentukan dengan sepenuhnya. Mereka tidak berlaku adil kepada isteri dan tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan sepenuhnya. Oleh itu, kajian ini telah di jalankan memandangkan penyelewengan ini begitu serius dan perlu di beri perhatian daripada pihak tertentu. Maka pihak kerajaaan telah mengambil inisiatif untuk menangani penyelewengan ini dengan segera. Skop kajian ini di lakukan secara umum bagi memudahkan untuk menganalisa data-data untuk di perolehi kesimpulannya. Selain itu, kaedah kajian yang telah di gunakan ialah huraian. temubual, dokumentari, pemerhatian dan sebagainya. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui penyelewengan di dalam melaksanakan syarat-syarat berpoligami. Hasil daripada kajian ini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa kegagalan di dalam melaksanakan syarat-syarat berpoligami adalah kurangnya pendidikan agama dan tidak mengetahui konsep sebenar berpoligami menurut perspektif Islam. Oleh itu, berlakulah kegagalan dan penyelewengan di dalam melaksanakan syarat-syarat berpoligami. Kesan daripada perkara tersebut, maka berlakulah konflik rumah tangga. Seterusnya akan menyebabkan anak-anak yang terbiar dahagakan kasih sayang dan perhatian ibu bapa.