Amalan Pengurusan Uri (Plasenta) Pasca Kelahiran Dalam Masyarakat Melayu Menurut Perspektif Hukum Islam

Menguruskan uri merupakan salah satu adat menyambut kelahiran bayi yang diamalkan dalam masyarakat Melayu sejak zaman-berzaman. Sebahagian amalan dan tatacara dalam menguruskan uri tersebut melibatkan unsur kepercayaan tertentu. Sehubungan dengan itu, kajian ini memfokuskan tentang analisis amalan p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Anuar Ramli, Nur Kamilah Kamaruddin, Raihana Abdul Wahab
Format: Article
Language:Malay
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2019
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18163
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Menguruskan uri merupakan salah satu adat menyambut kelahiran bayi yang diamalkan dalam masyarakat Melayu sejak zaman-berzaman. Sebahagian amalan dan tatacara dalam menguruskan uri tersebut melibatkan unsur kepercayaan tertentu. Sehubungan dengan itu, kajian ini memfokuskan tentang analisis amalan pengurusan uri dalam masyarakat Melayu menurut perspektif hukum Islam. Untuk mencapai objektif tersebut, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan kajian lapangan yang melibatkan temu bual bidan kampung yang terlibat dalam proses menyambut kelahiran bayi. Data-data yang dikumpulkan dianalisis kandungannya secara induktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa sebahagian daripada amalan pengurusan uri dalam tradisi masyarakat adalah selari dengan syariat Islam, manakala sebahagian yang lain pula bercanggah dengan Syarak. Sehubungan dengan itu, masyarakat perlulah berhati-hati dalam mengamalkan sebarang adat tradisi dan kepercayaan agar tidak terjerumus ke kancah khurafat.