Analisis Perbandingan Fatwa Malaysia dan Indonesia: Kajian Terhadap Isu-Isu Halal yang Terpilih

Dalam penentuan hukum Islam, terdapat dua prinsip utama yang digunakan iaitu ‘al-thabit’ dan ‘al-mutaghayyir’. Dengan adanya prinsip ‘al-thabit’ dan ‘al-mutaghayyir’ membuktikan Islam sesuai dipraktikkan pada setiap masa dan keadaan kerana Islam menerima sebarang perubahan atau perbezaan yang berlak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norhidayah Pauzi, Saadan Man, Syed Mohd. Jeffri Syed Jaafar
Format: Article
Language:Malay
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2019
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18152
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam penentuan hukum Islam, terdapat dua prinsip utama yang digunakan iaitu ‘al-thabit’ dan ‘al-mutaghayyir’. Dengan adanya prinsip ‘al-thabit’ dan ‘al-mutaghayyir’ membuktikan Islam sesuai dipraktikkan pada setiap masa dan keadaan kerana Islam menerima sebarang perubahan atau perbezaan yang berlaku dalam masyarakat selagi mana ia tidak melanggar prinsip-prinsip asas Islam. Perbezaan keputusan fatwa yang dikeluarkan di antara Malaysia dan Indonesia telah menimbulkan polemik dalam kalangan masyarakat Islam. Justeru, artikel ini akan menganalisis secara perbandingan fatwa yang telah diputuskan di antara Malaysia dan Indonesia terhadap beberapa isu halal yang terpilih. Metode dokumentasi dan metode temu bual telah digunakan untuk mendapatkan data-data yang sahih dan berautoriti. Dapatan kajian menunjukkan Malaysia masih terikat dengan pengamalan Mazhab Syafii dalam penentuan hukum terhadap produk halal. Berbeda dengan Indonesia yang terbuka dalam menerima pandangan selain Mazhab Shafii dalam menentukan hukum disamping pengambilan uruf dan maslahah yang berbeza di kedua-dua buah negara ini.