Pendalilan Ayat Hukum dan Kaedah Fiqh dalam Penghujahan Fatwa Berkaitan DNA: Analisis Terhadap Fatwa Negeri Pulau Pinang

Ayat hukum atau ayat al-Quran yang terkandung di dalamnya hukum-hakam fiqh adalah salah satu sumber penting di dalam mengeluarkan fatwa dan menyelesaikan segala permasalahan yang timbul sejak dahulu hingga kini. Bagi mencapai pendalilan ayat hukum yang sesuai dan tepat, ayat al-Quran mesti diberi pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Ain Anuar Shariff, Abdul Basir Mohamad
Format: Article
Language:Malay
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2019
Subjects:
DNA
Online Access:http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18147
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ayat hukum atau ayat al-Quran yang terkandung di dalamnya hukum-hakam fiqh adalah salah satu sumber penting di dalam mengeluarkan fatwa dan menyelesaikan segala permasalahan yang timbul sejak dahulu hingga kini. Bagi mencapai pendalilan ayat hukum yang sesuai dan tepat, ayat al-Quran mesti diberi penafsiran yang halus serta teliti berpandukan kitab-kitab Tafsir Ayat al-Ahkam. Sumber lain yang boleh didapati dalam membuat sesuatu penghujahan adalah tidak lain iaitu kaedah fiqh yang tidak asing lagi mendapat tempat sebagai rujukan yang minoriti selain daripada sumber dalil-dalil yang disepakati. Kedua-dua sumber ini dapat menjadi dalil dalam penghujahan fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri-Negeri di Malaysia. Namun apabila didapati keputusan fatwa yang dikeluarkan umumnya terlalu ringkas dan tidak disertakan bersama dalil-dalil yang menguatkan fatwa menyebabkan keputusan itu hanya mudah dirujuk oleh orang awam namun tidak bagi pengkaji dan penuntut ilmu. Justeru kajian ini akan mencari pendalilan ayat hukum dan kaedah fiqh yang sesuai bagi keputusan fatwa berkaitan DNA yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Kaedah perpustakaan dan analisis kandungan digunakan di dalam kajian ini bagi mengenal pasti dan menghurai dalil yang sesuai bagi dipadankan bersama keputusan fatwa tersebut. Walaubagaimanapun, penulis juga telah mengadakan satu temubual tidak berstruktur bersama Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi mendapatkan penerangan terhadap isu. Dengan adanya dalil-dalil tersebut akan memudahkan segala peringkat awam membuat rujukan malah menguatkan fatwa yang telah diputuskan.