Kedudukan Orang Kelainan Upaya (OKU) Sebagai Asnaf Ar-Riqab di Malaysia
Kajian ini dijalankan bagi menganalisis dan mengenal pasti kedudukan Orang Kelainan Upaya (OKU) sebagai asnaf ar-riqab dalam konteks pada masa kini. Isu ini dapat dibincangkan dengan memahami perluasan konsep dan interpretasi asnaf ar-riqab berdasarkan ijtihad para ulama. Perluasan konsep dan interp...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay |
Published: |
Universiti Sains Islam Malaysia
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18146 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dijalankan bagi menganalisis dan mengenal pasti kedudukan Orang Kelainan Upaya (OKU) sebagai asnaf ar-riqab dalam konteks pada masa kini. Isu ini dapat dibincangkan dengan memahami perluasan konsep dan interpretasi asnaf ar-riqab berdasarkan ijtihad para ulama. Perluasan konsep dan interpretasi asnaf ini adalah penting agar ia lebih bersifat holistik dan bersesuaian dengan maslahat semasa. Persoalannya, adakah perluasan konsep dan interpretasi ar-riqab ini membolehkan golongan OKU dikategorikan di bawah golongan ar-riqab dan apakah ‘illah yang membolehkan mereka dimasukkan sebagai golongan ini? Justeru, objektif kajian ini adalah untuk memahami definisi sebenar asnaf ar-riqab menurut ulama’ dulu dan kini termasuk fatwa-fatwa yang berkaitan dengannya serta mengetahui perluasan konsep dan interpretasi ar-riqab oleh para ulama. Kajian ini juga akan menilai kedudukan OKU sebagai asnaf zakat dan mengenalpasti kriteria-kriteria OKU yang boleh dimasukkan sebagai asnaf ar-riqab. Kajian mendapati bahawa bahawa OKU layak menerima zakat tetapi mestilah berdasarkan kriteria dan syarat yang telah ditetapkan oleh Syarak, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan. Perkara ini penting kerana ia merupakan satu ijtihad yang perlu mengambil kira semua aspek sebelum sesuatu ketetapan hukum ditentukan. Diharapkan kajian ini menjadi panduan kepada institusi zakat dan Majlis Agama Islam Negeri dalam melihat semula keperluan sama ada OKU layak diberikan zakat atau sebaliknya. |
---|