Peranan Baitulmal dalam Pendidikan Asnaf: Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Pendidikan merupakan sebuah elemen penting dalam pembangunan modal insan dan kemandirian ekonomi seseorang individu. Salah satu faktor kemiskinan yang melanda masyarakat adalah kerana gagal mendapatkan pendidikan yang sempurna. Sebagai sebuah institusi yang menguruskan dana zakat, Baitulmal, Majlis...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay |
Published: |
Universiti Sains Islam Malaysia
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18140 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pendidikan merupakan sebuah elemen penting dalam pembangunan modal insan dan kemandirian ekonomi seseorang individu. Salah satu faktor kemiskinan yang melanda masyarakat adalah kerana gagal mendapatkan pendidikan yang sempurna. Sebagai sebuah institusi yang menguruskan dana zakat, Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berusaha untuk memastikan pembangunan asnaf dapat dicapai sehingga mampu mengeluarkan diri mereka daripada kepompong kemiskinan. Timbul persoalan mengenai peranan yang dimainkan oleh Baitulmal MAIWP dalam usaha mempertingkat taraf hidup asnaf melalui aspek pendidikan dan skim-skim yang ditawarkan kepada asnaf bagi mencapai tujuan tersebut. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti bentuk skim-skim agihan yang disediakan oleh Baitulmal MAIWP dalam rangka pembangunan pendidikan di Wilayah Persekutuan di samping melihat dan menilai skim-skim tersebut sama ada telah menepati atau melengkapi kesemua elemen yang diperlukan oleh asnaf bagi menjamin keberhasilan dan perkembangan pendidikan mereka sekali gus mencadangkan sebuah skim baharu yang boleh dipertimbangkan Metodologi penyelidikan dalam kajian ini adalah secara kualitatif yang merupakan kajian dokumentasi yang menggunakan kaedah deduktif dan induktif dengan merujuk manual dan laporan zakat. Hasil kajian mendapati bahawa Baitulmal MAIWP telah pun melaksanakan pelbagai inisiatif dalam menawarkan bantuan kepada asnaf melalui skim-skim bantuan seperti bantuan am pelajaran IPT, bantuan am biasiswa insentif khas pelajar cemerlang, bantuan am persekolahan dan lain-lain. Namun, kajian mendapati terdapat ruang penambahbaikan dan mencadangkan sebuah bentuk agihan yang baharu dengan menubuhkan sebuah institusi pendidikan asnaf yang dibiayai sepenuhnya melalui dana zakat bagi mengelakkan berlakunya keciciran pendidikan di kalangan asnaf. Diharapkan kajian ini mampu memberikan gambaran terhadap bentuk pengurusan zakat yang baharu. Kajian susulan perlu dijalankan terutamanya untuk mengenal pasti kekangan atau masalah yang mungkin dihadapi dalam menjayakan penubuhan institusi pendidikan asnaf ini. |
---|