Fatwa Sebagai Rujukan dan Autoriti di Mahkamah Sivil Malaysia

Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri memperuntukkan bahawa fatwa diiktiraf di mahkamah sivil Malaysia. Ini membolehkan hakim merujuk kepada fatwa dalam kes yang dibicarakan. Namun, kedudukan fatwa dan pendapat mufti sebagai autoriti di mahkamah sivil masih memerlukan penjelasan. Artikel ini...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Kamel Mat Salleh, Mohd Al Adib Samuri, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
Format: Article
Language:Malay
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2019
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18138
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri memperuntukkan bahawa fatwa diiktiraf di mahkamah sivil Malaysia. Ini membolehkan hakim merujuk kepada fatwa dalam kes yang dibicarakan. Namun, kedudukan fatwa dan pendapat mufti sebagai autoriti di mahkamah sivil masih memerlukan penjelasan. Artikel ini akan mengemukakan sudut pandang keautoritian fatwa dalam penghakiman di mahkamah sivil. Method analisis dokumen terhadap kes-kes mahkamah akan digunakan bagi mengenal pasti sama ada pandangan mufti dan fatwa yang dikeluarkan itu benar-benar menjadi rujukan dan berautoriti di mahkamah sivil Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan sebahagian kes di mahkamah sivil merujuk dan menerima fatwa yang dikeluarkan oleh institusi fatwa di negara ini. Ini menjelaskan kedudukan fatwa yang membantu para hakim dalam menyelesaikan pertikaian di mahkamah sivil terutamanya jika pertikaian itu melibatkan hukum syarak. Rujukan fatwa di mahkamah sivil berkemungkinan kerana ketidakmampuan hakim menyelesaikan pertikaian yang melibatkan hukum syarak. Terdapat juga fatwa yang tidak dirujuk berkemungkinan hakim berpandangan tiada keperluan untuk merujuk kepada fatwa memandangkan undang-undang bertulis sivil lebih relevan dan terpakai. Kajian ini penting bagi menggambarkan kedudukan fatwa sebagai sumber hukum yang berautoriti dalam sistem peradilan di Malaysia malahan pengaruhnya merentasi mahkamah sivil yang sekular.