Polisi Zakat untuk Pendidikan di Malaysia: Suatu Kajian ke Arah Pembentukan Model Institusi Pendidikan

Pendidikan merupakan keperluan asas bagi setiap insan dan untuk memenuhi keperluan ini ia memerlukan sumber kewangan atau dana yang berterusan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti polisi zakat untuk pendidikan di Malaysia. Disamping itu, kajian dijalankan adalah untuk melihat st...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azman Ab Rahman, Mohd Faez Abu Baka
Format: Article
Language:Malay
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2019
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18131
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan merupakan keperluan asas bagi setiap insan dan untuk memenuhi keperluan ini ia memerlukan sumber kewangan atau dana yang berterusan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti polisi zakat untuk pendidikan di Malaysia. Disamping itu, kajian dijalankan adalah untuk melihat statistik kutipan dan agihan zakat pendidikan di beberapa buah negeri di Malaysia dan hubungkait statistik berkenaan dengan cadangan pembentukan model institusi pendidikan yang beroperasi sepenuhnya menggunakan dana zakat. Hasil kajian ini mendapati bahawa cadangan supaya ditubuhkan sebuah institusi pendidikan yang beroperasi sepenuhnya dengan menggunakan dana zakat adalah tidak mustahil untuk dilaksanakan kerana mengikut statistik kutipan zakat bagi institusi zakat saban tahun adalah semakin meningkat. Diharapkan kajian ini dapat memberikan gambaran yang jelas kepada semua pihak terhadap polisi zakat untuk pendidikan di Malaysia dan cadangan untuk merealisasikan penubuhan sebuah institusi pendidikan yang menggunakan dana zakat sepenuhnya dapat memberikan pendidikan yang berterusan kepada golongan asnaf zakat dan mengatasi masalah keciciran dalam pelajaran di kalangan asnaf zakat.