Lokalisasi Tadbir Urus Zakat di Masjid: Kajian di Bandar Baru Bangi Selangor

Pada masa kini terdapat hampir setiap daerah mempunyai pejabat zakat yang diuruskan oleh institusi zakat. Namun begitu perlaksanaan kaedah ni masih menimbulkan perdebatan dalam kalangan ahli akademik berkenaan sejauhmanakah ia dapat menyelesaikan masalah permohonan dan penerimaan dana zakat kepada a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Najihah Ismail, Sanep Ahmad, Hairunizam Wahid
Format: Article
Language:Malay
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2019
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18127
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada masa kini terdapat hampir setiap daerah mempunyai pejabat zakat yang diuruskan oleh institusi zakat. Namun begitu perlaksanaan kaedah ni masih menimbulkan perdebatan dalam kalangan ahli akademik berkenaan sejauhmanakah ia dapat menyelesaikan masalah permohonan dan penerimaan dana zakat kepada asnaf yang akhirnya dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan zakat. Ini kerana terdapat beberapa kajian lepas yang telah mencadangkan peranan masjid dalam menguruskan zakat. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi masyarakat Islam terhadap cadangan melokalisasikan pejabat zakat di masjid di Bandar Baru Bangi. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan metod kuantitatif untuk menganalisis persepsi responden terhadap isu lokalisasi pejabat zakat di masjid serta mengkaji peranan masjid sebagai tempat utama dalam mengagihkan zakat. Hasil kajian juga menunjukkan, majoriti masyarakat setempat bersetuju melokalisasikan pejabat zakat di masjid. Hasil kajian juga mendapati terdapat dua faktor utama persetujuan ini. Pertamanya ialah lokasi masjid yang strategik dan mudah untuk diakses oleh masyarakat dan keduanya, masjid sebagai tempat aktiviti utama umat Islam. Akhirnya beberapa cadangan dan implikasi polisi turut dicadangkan dalam kajian ini.