Prinsip Keadilan dalam Sistem Kehakiman Islam : Tumpuan Khusus terhadap Konsep Syahadah

Syariah secara umumnya bertujuan untuk memberi keadilan dan rahmat kepada umat manusia. Oleh yang demikian, segala peraturan atau sistem perundangan yang menyimpang dari tujuan umum tersebut adalah bertentangan dengan syariat. Keadilan sebagai salah satu objektif syariah (maqasid syari’ah) pula ada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azizah Mohd Rapini, Ruzman Md. Noor
Format: Article
Language:Malay
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2019
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18121
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Syariah secara umumnya bertujuan untuk memberi keadilan dan rahmat kepada umat manusia. Oleh yang demikian, segala peraturan atau sistem perundangan yang menyimpang dari tujuan umum tersebut adalah bertentangan dengan syariat. Keadilan sebagai salah satu objektif syariah (maqasid syari’ah) pula adalah objektif utama didalam sistem kehakiman Islam. Maka untuk merealisasikan keadilan sebagai puncak sistem kehakiman Islam, seseorang hakim hendaklah menjalankan proses penghakiman melalui peraturan dan kaedah pembuktian berlandaskan hukum syarak. Menurut undang-undang keterangan Islam, syahadah merupakan salah satu metode pembuktian yang kuat dan tiada perselisihan ulama mengenainya dari aspek penerimaannya sebagai salah satu alat pembuktian yang paling utama selepas iqrar. Ia melibatkan keterangan seseorang saksi yang bersifat benar tentang hak atau kepentingan orang lain dengan menggunakan lafaz ashhadu. Oleh yang demikian, syahadah merupakan salah satu cara untuk menegakkan dan memelihara keadilan dalam sistem kehakiman Islam. Walau bagaimanapun, syahadah dilihat mempunyai ciri-ciri yang agak tegas untuk diaplikasikan melalui syarat-syarat, bilangan dan juga proses tazkiyah al-shuhud. Walaupun ia dianggap tegas dan sukar untuk diaplikasikan terutama dalam situasi semasa, syahadah sebenarnya mengandungi ciri-ciri keadilan sebagai prinsip asas dalam sistem kehakiman Islam. Maka artikel ini cuba mengupas prinsip-prinsip keadilan yang ada di sebalik pensyariatan syahadah supaya matlamat sistem kehakiman Islam dapat dicapai walaupun diaplikasikan dalam konteks dunia moden.