Pelantikan Mufti Wanita di Malaysia: Analisis Pandangan Jabatan Mufti

Pelantikan mufti daripada kalangan wanita merupakan satu isu yang baru. Sepanjang sejarah institusi fatwa di Malaysia, belum pernah wanita dilantik menjadi mufti sedangkan tiada larangan yang jelas sama ada dalam hukum syarak dan undang-undang Malaysia yang menyatakan bahawa wanita tidak boleh dilan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Irwan Mohd Subri, Ahmad Wifaq Mokhtar, Azman Ab Rahman, Hishomudin Ahmad, Norzulaili Mohd Ghazali, Nur Fatin Halil
Format: Article
Language:Malay
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2019
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18117
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelantikan mufti daripada kalangan wanita merupakan satu isu yang baru. Sepanjang sejarah institusi fatwa di Malaysia, belum pernah wanita dilantik menjadi mufti sedangkan tiada larangan yang jelas sama ada dalam hukum syarak dan undang-undang Malaysia yang menyatakan bahawa wanita tidak boleh dilantik sebagai mufti. Artikel ini bertujuan untuk menganalisa pandangan beberapa jabatan mufti berkenaan pelantikan mufti di Malaysia daripada kalangan wanita. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kualitatif dengan melaksanakan kaedah temubual secara kumpulan fokus terhadap 4 orang utama di jabatan mufti iaitu seorang mufti, dua orang timbalan mufti dan seorang pegawai di jabatan mufti. Pandangan mereka terhadap terhadap isu pelantikan mufti wanita di Malaysia juga diperolehi secara bertulis. Hasil analisis pandangan pakar melalui temubual dan secara bertulis mendapati bahawa wanita boleh menjadi mufti namun bidang tugas seorang mufti perlu didefinisikan dengan lebih lanjut dan disesuaikan dengan kelayakan seorang wanita dari sudut syarak. Pelantikan mufti wanita juga perlu mengambil kira uruf dan adat di Malaysia. Justeru, penulis membuat kesimpulan bahawa satu model bidang kuasa mufti wanita perlu dibina dengan pengubahsuaian bidang kuasa mufti yang sedia ada sekiranya wanita dilantik menjadi mufti pada masa akan datang.