Tinjauan Persepsi Majlis Agama Islam Negeri Terhadap Peruntukan Kerajaan Persekutuan Bagi Pembangunan Tanah Wakaf

Kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk memberi peruntukan pembangunan wakaf di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) telah memberi impak yang besar kepada peningkatan kesedaran dan usaha untuk mentransformasikan institusi wakaf di Malaysia. Namun, suatu pembaharuan drastik yang diperkenalkan sew...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Shazrin Mohamed Azmi, Noor Rosly Hanif, Siti Mashitoh Mahamood
Format: Article
Language:Malay
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2019
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18101
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk memberi peruntukan pembangunan wakaf di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) telah memberi impak yang besar kepada peningkatan kesedaran dan usaha untuk mentransformasikan institusi wakaf di Malaysia. Namun, suatu pembaharuan drastik yang diperkenalkan sewaktu Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) seiring dengan usaha transformasi kerajaan telah menyebabkan proses permohonan peruntukan pembangunan semakin sukar untuk dipenuhi. Hal ini menyebabkan banyak pihak antaranya Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) cenderung untuk tidak lagi memohon peruntukan dari Kerajaan Persekutuan. Menyelami keadaan ini, kajian ini telah menetapkan objektif untuk meninjau persepsi pihak MAIN mengenai perubahan peruntukan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah gabungan instrumen penyelidikan dokumentasi dan temubual. Kajian ini menggunakan analisis kandungan sebagai kaedah untuk membuat analisa. Dapatan kajian telah mendedahkan bahawa pihak MAIN sememangnya menghadapi kesukaran untuk memenuhi kesemua keperluan permohonan yang telah ditetapkan di atas beberapa sebab yang berkaitan. Berikutan itu, pihak MAIN terpaksa untuk tidak lagi bergantung kepada Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan dana pembangunan tanah wakaf dan telah membuat eksplorasi untuk mencari kaedah pembiayaan projek pembangunan yang bersesuaian.