Analisis Polisi Luput Pelan Takaful Keluarga
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penentu polisi luput pelan takaful keluarga di Malaysia dengan melihat ciri-ciri demografi pemegang polisi dan polisi takaful keluarga itu sendiri. Polisi boleh luput akibat daripada beberapa sebab seperti gagal membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan, me...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay |
Published: |
Universiti Sains Islam Malaysia
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18100 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penentu polisi luput pelan takaful keluarga di Malaysia dengan melihat ciri-ciri demografi pemegang polisi dan polisi takaful keluarga itu sendiri. Polisi boleh luput akibat daripada beberapa sebab seperti gagal membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan, menukar kepada polisi lain yang lebih baik, desakan kewangan dan juga serahan secara sukarela. Polisi luput memberi impak yang besar kepada pihak-pihak berkepentingan iaitu pengendali takaful, pelanggan dan penggubal dasar. Impak polisi luput termasuk kerugian kepada firma, pilihan sakal, kecairan dan peningkatan sumbangan. Hasil daripada analisis regresi logistik menunjukkan bahawa amaun perlindungan, cara bayaran dan jantina memberi kesan negatif kepada polisi luput. Manakala umur, status perkahwinan dan orang yang dilindungi tidak memberi kesan kepada polisi luput. Hasil kajian diharapkan dapat membantu pihak yang berkepentingan seperti pengendali takaful dan penggubal dasar untuk merangka strategi yang sesuai bagi mencapai matlamat masing-masing dan membantu dalam perkembangan dalam industri takaful di Malaysia. |
---|