Penstrukturan Semula Syarikat Awam: Kajian Kes Terhadap Syarikat Tersenarai Di Bursa Saham (BSKL)

Kertas kerja ini membincangkan kaedah penstrukturan semula yang dilakukan ke atas syarikat tersenarai di Bursa Malaysia (BSKL). Akibat daripada kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia pada tahun 1998, terdapat banyak syarikat yang mengalami kerugian besar dan tidak berupaya untuk mengurus hutang. Ha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norhaziah Nawai, Hanim Misbah
Format: Conference Paper
Language:Burmese
Published: 2009
Online Access:http://dspace.unimap.edu.my/xmlui/handle/123456789/1774
http://hdl.handle.net/123456789/1774
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini membincangkan kaedah penstrukturan semula yang dilakukan ke atas syarikat tersenarai di Bursa Malaysia (BSKL). Akibat daripada kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia pada tahun 1998, terdapat banyak syarikat yang mengalami kerugian besar dan tidak berupaya untuk mengurus hutang. Hasil kajian mendapati kerugian ini disebabkan oleh hasil syarikat yang menurun, pinjaman yang tinggi, kadar faedah yang tinggi dan hutang lapuk yang tidak dapat dibayar dan seterusnya menyebabkan ketidakcairan. Selain itu, ia juga disebabkan oleh keadaan pasaran yang tidak stabil kerana kadar pertukaran asing. Oleh itu, kerajaan telah menubuhkan tiga badan khas iaitu Danaharta Nasional Berhad, Danamodal Nasional Berhad dan Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang korporat (CDRC) untuk membantu syarikat menangani masalah ini. Kertas kerja ini merupakan kajian penerokaan terhadap 13 buah syarikat yang telah memohon perlindungan mahkamah di bawah seksyen 176 Akta Syarikat 1965 dan telah meminta bantuan daripada CDRC.