Hubungan Maslahah Al-Mursalah Kepada Pembangunan Belia Muslim Berintegriti Di Kawasan Perumahan : Satu Kajian Di Taman Senai Utama

Belia merupakan kumpulan pertengahan di antara kanak-kanak dan dewasa yang telah capai tahap pemikiran untuk mentadbir dan memajukan diri. Peranan belia Muslim dalam masyarakat dan negara telah dilihat sejak zaman para nabi lagi dengan mengemudi pelbagai aspek seperti pendidikan, pimpinan dan pernia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Husain, Mohd Huefiros Efizi, Abd Majid, Mohd Nasir, Abdul Rab, Muneer Ali
Format: Article
Language:Malay
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2019
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/17457
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Belia merupakan kumpulan pertengahan di antara kanak-kanak dan dewasa yang telah capai tahap pemikiran untuk mentadbir dan memajukan diri. Peranan belia Muslim dalam masyarakat dan negara telah dilihat sejak zaman para nabi lagi dengan mengemudi pelbagai aspek seperti pendidikan, pimpinan dan perniagaan. Ia bukan hanya menyambung tugas generasi sebelumnya, malah mereka dikatakan punca jatuh bangun sesebuah empayar. Belia Muslim hari ini perlu berani menyusun percaturan serta bijak bertindak agar tidak mandom dan kelihatan terkebelakang berbanding belia Muslim di negara-negara lain walau di mana sahaja mereka berada. Oleh itu, kajian ini bertujuan menghuraikan peranan kawasan perumahan Taman Senai Utama dalam proses membangunkan belia Muslim berintegriti yang cemerlang. Objektif kajian ini meneliti usaha membangunkan belia Muslim yang berintegriti di Taman Senai Utama bersandarkan kepada konsep maslahah al-mursalah. Selain itu, membongkar syarat-syarat maslahah al-mursalah dan kepentingannya terhadap tajuk di atas. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk menemui objektif kajian dengan pendekatan kaedah kepustakaan. Hasil penilaian ini mendapati maslahah al-mursalah mempunyai hubungan yang erat dalam membangunkan belia Muslim yang berintegriti di kawasan perumahan Taman Senai Utama dalam bidang pembangunan ilmu, keusahawanan dan interaksi sosial. Youth is a middle group between children and adults who have achieved the level of thinking to administer and develop themselves. Muslim youths’ role in society and the country has been seen since the days of the prophet with leading aspects such as education, leadership and business. It’s not only about continuing the work of previous generation, but youths have been claimed as the vicissitudes of empires. Muslim youth today need to develop a bold gamble and act wisely in order not be inactive and backward as compared to Muslim youths in other countries. Therefore, this study aims to describe the role of Taman Senai Utama in the process of developing Muslim youth who possess excellent integrity. The objective of this study examines the efforts to develop the integrity of Muslim youth in Taman Senai Utama based on the concept of Maslahah al-Mursalah. In addition, the terms Maslahah al-Mursalah and its importance to the title above. This study used qualitative methods specifically, library research study or related literatures. The results of this evaluation found Maslahah al-Mursalah has an important contributionin the development of Muslim youth with integrity in Taman Senai Utama.