Faktor Timbulnya Pengaruh Bahasa Pertama Dalam Mempelajari Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua
ABSTRACT Pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua amat penting dalam kalangan murid Cina. Daripada tinjauan awal yang dibuat di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Batu 14 Hulu Langat, Selangor, peratus kelulusan kertas pemahaman bahasa Melayu mencatatkan penurunan dalam Ujian Pen...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Language: | English |
Published: |
Universiti Sains Islam Malaysia
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/15187 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | ABSTRACT
Pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua amat penting dalam kalangan
murid Cina. Daripada tinjauan awal yang dibuat di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
Cina (SJKC) Batu 14 Hulu Langat, Selangor, peratus kelulusan kertas pemahaman
bahasa Melayu mencatatkan penurunan dalam Ujian Penilaian Sekolah endah (UPSR).
Keputusan menunjukkan bahawa murid Cina menghadapi masalah dalam mempelajari
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Maka, kajian ini bertujuan untuk menganalisis
faktor-faktor yang menyebabkan timbulnya pengaruh bahasa pertama dalam mempelajari
bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina. Sampel kajian terdiri daripada 77 orang
murid Cina Tahun 4, 5 dan 6 yang gagal dalam ujian kertas bahasa Melayu. Teori yang
digunakan oleh pengkaji ialah teori Interaksi oleh Halliday. Menurut Halliday, kanakkanak
menguasai bahasa kerana mereka mempunyai keperluan untuk berinteraksi
dengan ahli masyarakat dalam persekitaran mereka. Ini bermakna, kanak-kanak akan
berinteraksi dengan masyarakat pada peringkat awal untuk memenuhi keperluan asasi
mereka. Fenomena ini tidak terjadi pada sampel kajian. Oleh itu, murid Cina yang
hanya bertutur dalam bahasa Cina tidak akan mempelajari bahasa Melayu dengan baik,
malah pengaruh bahasa Cina dalam mempelajari bahasa Melayu akan lebih ketara.
Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik. Data-data yang
dikumpul dikira dalam bentuk peratusan. Dapatan kajian dipaparkan melalui jadual dan graf berserta huraian deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat empat
faktor yang menyebabkan timbulnya pengaruh bahasa Cina dalam pembelajaran bahasa
Melayu, iaitu latihan, persekitaran, minat dan sikap. Kajian ini penting kepada sistem
pendidikan dalam usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Setiap lapisan masyarakat di Malaysia
harus bergerak seiring ke arah meningkatkan taraf bahasa Melayu di Malaysia. Justeru,
bahasa Melayu harus dikuasai oleh semua individu, termasuk murid Cina di SJKC.
ABSTRACT
Learning the Malay language as the second language is important among Chinese
students. From initial surveys made in SJKC Batu14 Hulu Langat, Selangor, the
percentage of Malay language paper decrease in UPSR. These results showed that the
Chinese students face problems in learning the Malay language as a second language.
Thus, this study aims to analyse factors that contribute to the existence of first language
influence among Chinese students while learning Malay language. The sample
of the study included 77 Chinese students in standard 4, 5 and 6 who failed in their
Malay language examination. The Interaction Theory by Halliday is used. According
to Halliday, children master the language because they have a need to interact with
members of the public in their environment. This means that the child will interact with
the public at an early stage to meet their basic needs. This phenomenon does not occur
in the sample. So, the Chinese students who only speak Chinese will not learn the Malay
language well, even Chinese influence in learning the Malay language would be more
significant. The instrument used in this study was questionnaire. The data collected is
calculated in percentages. The results are displayed through tables and graphs with
descriptive description. Results from this study showed that there are four factors which
contribute to the influence of Chinese language while learning Malay language, which
are exercises, environment, interest and attitude. This research is important to the
education system, parallel with the government’s efforts to uphold Malay language as
the national language, official language and the language of knowledge. Every walks
of life in Malaysia should channel their efforts together towards uplifting the status
of Malay language in Malaysia. Therefore, Malay language should be mastered by all
individuals, including Chinese students in SJKC. |
---|