Bab 23 Gelandangan Meneroka Psikologi Mereka Serta Kemampuan Mengelak Diri Daripada Terlibat Dengan Gejala Penyalahgunaan Dadah

Abstrak Gelandangan adalah golongan manusia yang terbentuk tanpa dirancang. Mereka terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa yang hidup tanpa rumah terutama di kawasan bandar dan Lembah Kelang. Kesempitan hidup menyebabkan mereka tidak mampu untuk makan dan minum seperti orang lain. Kemelar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Dr Othman Ab Rahman, Za’im Addi Meskam, Nurulhidayah Idrus
Format:
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2017
Online Access:http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14910
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Abstrak Gelandangan adalah golongan manusia yang terbentuk tanpa dirancang. Mereka terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa yang hidup tanpa rumah terutama di kawasan bandar dan Lembah Kelang. Kesempitan hidup menyebabkan mereka tidak mampu untuk makan dan minum seperti orang lain. Kemelaratan hidup menyebabkan mereka terpaksa tidur di kaki-kaki lima bangunan, bawah jejambat juga di kawasan masjid. Tekanan hidup menyebabkan ramai gelandangan yang terlibat dengan kes-kes jenayah termasuklah penyalahgunaan dadah. Usaha untuk membantu gelandangan telah mula dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Lembaga Zakat Selangor (LZS). Tidak ketinggalan juga pihak NGO yang perihatin telah membantu gelandangan. Usaha untuk membantu gelandangan telah mula dijalankan demi untuk mengelakkan mereka dari terjebak dengan masalah gejala sosial, jenayah dan penyalahgunaan dadah. Pembinaan Anjung Singgah di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur telah berjaya memenuhi keperluan semerta gelandangan seperti makanan, tempat tinggal serta keperluan mengurus diri. Tempuh dua minggu diberikan untuk mereka mencari pekerjaan dan berdikari. Satu tinjauan telah dijalankan terhadap penghuni Anjung Singgah untuk mengesan keperluan psikologi mereka serta sejauhmana mereka mampu mengelak diri daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah.