Bab 15 Kebolehpercayaan Dan Kesahan The Warwick-Edinburgh Mental Well-Being Scale (Wemwbs) Versi Bahasa Melayu

Abstrak Kesejahteraan mental adalah merupakan salah satu aspek penting dalam diri manusia yang seharusnya diberikan perhatian utama dalam proses rawatan dan pemulihan penagih dadah. Terdapat pelbagai instrumen psikologi yang boleh digunakan untuk menentukan tahap kesejahteraan mental seseorang indi...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
Main Authors: Adam Fariz bin Mohd. Zain, Amin Al Haadi bin Shafie, Abd. Halim bin Mohd. Husin, Mohd.Rushdan bin Mohd. Jailani, Mohamad Isa bin Amat, Khairunneezam bin Mohd. Noor, Zainol Abidin bin Ahmad, Mohd. Rafidi bin Jusoh
格式:
出版: Universiti Sains Islam Malaysia 2017
主题:
在线阅读:http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14902
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Abstrak Kesejahteraan mental adalah merupakan salah satu aspek penting dalam diri manusia yang seharusnya diberikan perhatian utama dalam proses rawatan dan pemulihan penagih dadah. Terdapat pelbagai instrumen psikologi yang boleh digunakan untuk menentukan tahap kesejahteraan mental seseorang individu dan populasi. Salah satu instrumen yang sesuai digunakan adalah the Warwick-Edinburgh Mental Well-Being Scale (WEMWBS). Ia merupakan sebuah instrumen psikologi yang dibangunkan khusus untuk menilai tahap kesejahteraan mental dalam kalangan individu dan populasi normal. Instrumen ini diperolehi daripada Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Artikel ini memperincikan proses terjemahan dan kesahan instrumen WEMWBS yang mengandungi 20 item positif berskala Likert 5-mata yang terdiri daripada 14 item mengukur tahap kesihatan mental dan enam item mengukur kesihatan spiritual. Proses terjemahan dan kesahan instrumen ini dijalankan oleh empat orang pakar dalam bidang psikologi dan kaunseling yang mempunyai kemahiran dwi-bahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) menggunakan teknik terjemahan semula (back-to-back translation technique) dan kesahan muka (face validity). Kajian rintis telah dijalankan melibatkan 51 orang peserta in-patient program rawatan, perubatan dan pemulihan di Klinik Cure and Care 1Malaysia (C&C1M) Sungai Besi, Kuala Lumpur, bertujuan untuk melihat tahap kebolehpercayaan WEMWBS yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu. Data yang dikumpulkan daripada sampel kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science versi 20 (SPSS v20). Hasil analisis kebolehpercayaan mendapati nilai Alpha Cronbach adalah 0.91 iaitu sangat tinggi. Keputusan ini menunjukkan bahawa instrumen WEMWBS versi Bahasa Melayu sesuai digunakan untuk mengukur tahap kesejahteraan mental dalam kalangan individu normal yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah di Malaysia. Ia juga senang ditadbir dan tidak mengambil masa yang lama untuk dijawab oleh responden. Kajian ini juga menunjukkan tahap kesejahteraan mental dan spiritual yang rendah dalam kalangan bekas peserta program rawatan C&C1M.