Bab 11 Integrasi Terapi Psikospiritual Islam Dalam Modul Rawatan Dan Rehabilitasi Berasaskan Tc Therapeutic Community
Abstrak. Rawatan dan Pemulihan dadah berasaskan agama Islam telah pun diamalkan oleh beberapa pusat rawatan dan pemulihan dadah di Malaysia. Rawatan ini pada umumnya lebih banyak menekankan kepada aspek memperkukuhkan kefahaman dan penghayatan asas-asas ibadah dalam agama Islam serta penerapan nila...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Published: |
ACREDA, Universiti Sains Islam Malaysia
2017
|
Online Access: | http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14898 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Abstrak.
Rawatan dan Pemulihan dadah berasaskan agama Islam telah pun diamalkan oleh beberapa pusat rawatan dan pemulihan dadah di Malaysia. Rawatan ini pada umumnya lebih banyak menekankan kepada aspek memperkukuhkan kefahaman dan penghayatan asas-asas ibadah dalam agama Islam serta penerapan nilai-nilai mulia yang berasaskan kepada pengajaran Agama. Kebanyakan klien dilihat dapat menghayati dan mematuhi semua proses penerapan ilmu dan penghayatan agama semasa mereka berada dalam tempoh rawatan. Walau bagaimanapun klien yang mula memiliki kekuatan untuk kembali ke pangkal jalan ini dilihat sangat mudah mengabaikan kebanyakan perkara yang telah diajar kepadanya selepas sahaja mereka keluar daripada pusat-pusat pemulihan. Kejadian perulangan penyalahgunaan dadah (relapse) dapat dikesan dengan mudah selepas sahaja mereka keluar daripada pusat pemulihan. Melihat kepada keadaan ini, maka timbul satu persoalan besar berkenaan sejauh mana penerapan rawatan dan pemulihan dadah secara umumnya dan rawatan dan pemulihan dadah berasaskan agama secara khususnya benar-benar memberi kesan positif kepada klien. Untuk tujuan kertas ini, penumpuan akan diberikan kepada pembentukan kerangka integrasi terapi psikospiritual Islam dalam modul rawatan berasaskan Therapeuctic Community (TC). Atas maksud ini, kertas konsep ini akan memfokuskan kepada perbincangan konsep dan prinsip amalan terapi Terapi Psikospiritual Islam. Kertas ini juga akan membincangkan hubungan antara aspek-aspek kerohanian dan jasmani, kognitif dan emosi, teori dan amali dalam pemulihan dan rehabilitasi penagihan dadah. Selain itu kertas ini juga akan membincangkan pengisian-pengisian kepada modul pemulihan yang perlu dilaksanakan oleh pengamal-pengamal terapi ini kepada para klien. Akhirnya kertas ini akan merumuskan bagaimana modul TC akan dapat diintegrasikan dengan pendekatan Terapi Psikospiritual Islam |
---|