Bab 2 Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Kursus Pendidikan Pencegahan Dadah Dalam Kalangan Pelajar Kdpm-Kdc
Abstrak Dadah adalah musuh nombor satu negara, maka pengetahuan tentang dadah adalah sangat penting kepada seluruh rakyat Malaysia. Masalah penyalahgunaan dadah semakin meningkat setiap tahun dan peringkat umur yang menagih dadah semakin menurun. Berdasarkan statistik Agensi Antidadah Kebangsaan 20...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Published: |
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR IPG KAMPUS IPOH
2017
|
Online Access: | http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14889 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Abstrak
Dadah adalah musuh nombor satu negara, maka pengetahuan tentang dadah adalah sangat penting kepada seluruh rakyat Malaysia. Masalah penyalahgunaan dadah semakin meningkat setiap tahun dan peringkat umur yang menagih dadah semakin menurun. Berdasarkan statistik Agensi Antidadah Kebangsaan 2015, seramai 1.4 juta rakyat Malaysia menagih dadah dan pada usia seawal 7 tahun telah terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah. Peranan semua pihak amatlah penting dalam memerangi musuh utama Negara ini. Kajian ini memberi penumpuan kepada sejauhmana tahap pengetahuan pelajar KDPM-KDC (KEMAS) seramai 33 orang tentang dadah dan masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia. Kaedah kajian ini adalah secara kuantitatif iaitu menggunakan instrument skala likert yang mengandungi 20 item bagi mengenalpasti tahap pengetahuan responden bagi persoalan ini. Kajian ini dijalankan secara ujian pra dan ujian pasca berdasarkan modul kursus yang telah ditetapkan. Analisis kajian ini digunakan peratusan mudah iaitu jumlah skor dibahagi dengan jumlah responden. Berdasarkan analisis kajian ini, semasa ujian pra sebanyak 80% responden mempunyai tahap pengetahuan yang rendah (60%) dan sederhana (20%). Hanya 20% sahaja responden yang mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi. Selepas mengikuti modul Kursus pendidikan pencegahan dadah selama 30 jam, ujian pasca diberikan kepada responden dan dapatan analisis ujian pasca sebanyak 80% mempenyai tahap pengetahuan yang tinggi dan 20% mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana. Peningkatan dalam tahap pengetahuan ini menunjukkan keberkesanan kursus PPDa ini adalah sangat penting dalam memberi dan meningkatkan pengetahuan tentang dadah dan masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia. |
---|