Pemindahan Organ Reproduktif Daripada Perspektif Fatwa Semasa

Perkembangan teknologi perubatan pada hari ini telah memberikan sinar kepada pelbagai penyakit yang sukar untuk dirawat. Dalam rawatan kesuburan misalnya, teknologi terkini sudah mampu menawarkan pelbagai jenis pembedahan seperti pembedahan organ reproduktif. Penulisan ini akan membincangkan ten...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohammad Naqib bin Hamdan, Mohd Anuar bin Ramli, Noor Naemah binti Abdul Rahman, Ahmad Ashraf Ilman bin Zulbahri
Format:
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2017
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14103
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan teknologi perubatan pada hari ini telah memberikan sinar kepada pelbagai penyakit yang sukar untuk dirawat. Dalam rawatan kesuburan misalnya, teknologi terkini sudah mampu menawarkan pelbagai jenis pembedahan seperti pembedahan organ reproduktif. Penulisan ini akan membincangkan tentang jenis pemindahan organ reproduktif dan hukum-hukumnya dengan melihat kepada fatwa-fatwa yang telah diberikan oleh ulama’ kontemporari dan badan fatwa berautoriti di seluruh dunia. Terdapat dua jenis organ reproduktif, iaitu organ yang memindahkan maklumat genetik seperti testis dan ovari, dan organ yang tidak membawa sebarang maklumat genetik seperti rahim, tiub fallopio, faraj dan zakar. Majoriti ulama’ mengharamkan pemindahan dari jenis pertama kerana ia termasuk di bawah hukum mengubah ciptaan Allah swt yang dilarang olehNya, di samping larangan Nabi saw dari melakukan amalan mengkasi. Manakala pemindahan dari jenis kedua, majoriti mereka mengharuskannya dalam keadaan darurah dengan pengecualian ‘aurat mughallazah, iaitu faraj dan zakar dengan alasan ia tidak melibatkan sebarang pemindahan genetik.