Kedudukan Mangsa Banjir Sebagai Penerima Zakat Dan Cadangan Pengaplikasiannya Di Malaysia
Pada 24 Disember 2014, bencana banjir telah melanda Malaysia khususnya di kawasan pantai timur yang mengakibatkan kerugian jutaan ringgit dan mengorbankan banyak nyawa. Kawasan yang paling teruk terjejas adalah negeri Kelantan, yang melibatkan jumlah mangsa banjir di sembilan jajahan seramai 34,9...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Published: |
Universiti Sains Islam Malaysia
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14030 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pada 24 Disember 2014, bencana banjir telah melanda Malaysia khususnya di kawasan
pantai timur yang mengakibatkan kerugian jutaan ringgit dan mengorbankan banyak
nyawa. Kawasan yang paling teruk terjejas adalah negeri Kelantan, yang melibatkan
jumlah mangsa banjir di sembilan jajahan seramai 34,955 orang mangsa. Mereka yang
terlibat dengan bencana banjir kehilangan harta seperti tempat kediaman, kenderaan,
ladang punca pendapatan dan peralatan asas untuk menjalani kehidupan. Keadaan yang
dialami oleh mereka tidak terlepas daripada mata-mata masyarakat yang prihatin untuk
menyalurkan bantuan. Timbul persoalan tentang kedudukan mangsa banjir sebagai asnaf
yang berhak menerima zakat. Justeru, kajian ini akan menilai kedudukan mangsa banjir
sebagai penerima zakat. Kajian ini juga akan mencadangakan skim bantuan yang sesuai
untuk diberikan kepada mangsa banjir sekiranya mereka berhak menerima zakat. Hasil
kajian mendapati bahawa mangsa banjir layak menerima bantuan zakat di bawah kategori
asnaf al-gharimin menepati syarat sebagai penerima zakat. Skim bantuan yang
dicadangkan adalah bantuan berbentuk keperluan asasi seperti skim bantuan tempat
tinggal, makanan dan pakaian. Implikasi kajian memberikan garis panduan kepada
institusi zakat dalam menyediakan bantuan kepada mangsa banjir. Kajian lanjutan boleh
dilakukan dalam mengenalpasti keberkesanan skim bantuan yang diberikan kepada
mangsa banjir. |
---|