Pengaruh bahasa ibunda murid SJK (Tamil) dalam penulisan Bahasa Melayu berasaskan gambar tunggal

Kajian ini memfokuskan pengaruh bahasa ibunda dalam penulisan Bahasa Melayu berasaskan gambar tunggal dalam kalangan murid-murid India.Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti pengaruh bahasa Ibunda dalam penulisan Bahasa Melayu berasaskan gambar tunggal daripada aspek tatabahasa iaitu kata,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muniandy, Rajeswary
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99733/1/RAJESWARY%20AP%20MUNIANDY%20-%20IR2.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99733/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini memfokuskan pengaruh bahasa ibunda dalam penulisan Bahasa Melayu berasaskan gambar tunggal dalam kalangan murid-murid India.Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti pengaruh bahasa Ibunda dalam penulisan Bahasa Melayu berasaskan gambar tunggal daripada aspek tatabahasa iaitu kata, perkataan, ayat dan ortografi dan merumuskan pengaruh bahasa Ibunda dalam penulisan Bahasa Melayu berasaskan gambar tunggal dalam kalangan murid-murid SJKT.Skop kajian ini merangkumi murid tahap dua.Objektif kajian ini ditentukan melalui satu ujian penulisan karangan gambar tunggal yang disenaraikan dalam kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi tahap 2 dan satu set soal selidik digunakan.Model Socioeducational oleh Gardner (1985) digunakan sebagai landasan kajian ini. kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggabungkan dua kaedah penyelidikan iaitu kuantitatif dan kualitatif.Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian Penulisan Bahasa Melayu berasaskan gambar tunggal dan satu set soal selidik.Pengkaji telah memilih 35 orang murid India Tahun Lima yang dipilih dari SJK(T) Mahajothi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid SJKT melakukan kesalahan tatabahasa dari aspek frasa, ayat, kata dan ortografi dalam kalangan penulisan bahasa Melayu berasaskan gambar tunggal telah dikesan sebanyak 75 kesalahan. Dapatan kajian menjelaskan bahawa murid SJKT melakukan kesalahan penggunaan ortografi iaitu kesalahan dalam penggunaan ejaan dan huruf besar/kecil mencatatkan jumlah kesalahan yang paling tinggi iaitu sebanyak 26 kesalahan (74%). Kekerapan kedua tertinggi pula ialah kesalahan penggunaan kata iaitu kesalahan aspek ayat tunggal dan ayat saduran sebanyak 22 kesalahan (63%). Dan diikuti kesalahan penggunaan frasa iaitu farasa nama, frasa kerja dan frasa sendi nama mencatatkan 15 kesalahan iaitu sebanyak 43% dan kekerapan yang paling rendah ialah kesalahan penggunaan ayat iaitu imbuhan, kata hubung dan kata pemeri menunjukkan kesalahan sebanyak 12 kesalahan 34% . Dapatan soal selidik menunjukkan bahawa sikap penutur dan sikap murid terhadap pengaruh bahasa ibunda adalah aspek yang paling dominan dan tinggi mempengaruhi murid SJKT walaupun murid SJKT mempunyai minat yang tinggi dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Dengan kata lain,boleh merumuskan bahawa , sikap terhadap bahasa ibunda adalah sangat tebal dan kukuh dalam kalangan murid SJKT. Bagi mengatasi masalah ini, kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa haruslah ditingkatkan dan pengajuran aktiviti seperti pengayaan,pengukuhan, pendedahan bahasa amat penting dalam menggalakkan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid SJKT.