Amalan kompetensi pensyarah dalam pengajaran bidang kejuruteraan di Kolej Vokasional
Keberkesanan dalam pengajaran sangat berkait rapat dengan kesungguhan pensyarah mengamalkan serta mempertingkatkan segala kompetensi yang ada dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik. Pensyarah yang kompeten dalam pengajaran mampu melancarkan pemahaman pelajar dan seterusnya melah...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98621/1/FPP%202021%2025%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98621/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
id |
my.upm.eprints.98621 |
---|---|
record_format |
eprints |
spelling |
my.upm.eprints.986212022-09-06T07:11:14Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98621/ Amalan kompetensi pensyarah dalam pengajaran bidang kejuruteraan di Kolej Vokasional Ismail, Khamsiah Keberkesanan dalam pengajaran sangat berkait rapat dengan kesungguhan pensyarah mengamalkan serta mempertingkatkan segala kompetensi yang ada dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik. Pensyarah yang kompeten dalam pengajaran mampu melancarkan pemahaman pelajar dan seterusnya melahirkan pelajar yang kompeten serta berketerampilan yang mampu memenuhi keperluan pihak industri. Secara tidak langsung mampu membuka peluang pekerjaan dengan mudah. Walau bagaimanapun, masih menjadi isu dan permasalahan berkaitan amalan kompetensi yang masih lemah dalam pengajaran dalam kalangan pensyarah di Kolej Vokasional (KV). Justeru, pensyarah perlu sentiasa bersedia bagi memantapkan amalan kompetensi dalam pengajaran demi mempertingkatkan profesionalisme. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti komponen kompetensi yang diperlukan, memeriksa komponen kompetensi sedia ada yang dimiliki dan meneroka jenis latihan yang diamalkan bagi meningkatkan kompetensi oleh pensyarah bidang kejuruteraan di KV. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian kes. Pengumpulan data dilakukan secara temu bual mendalam dengan kaedah soalan temu bual terbuka terhadap empat orang pensyarah dalam bidang kejuruteraan di KV. Persampelan bertujuan menggunakan teknik snowball digunakan bagi mendapatkan informan kajian. Peserta dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Seterusnya data dianalisis dengan diberikan kod, kategori melalui analisis tematik bagi membangunkan tema utama bagi menjawab ketiga-tiga persoalan kajian dengan menggunakan perisian N-vivo 12. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan tujuh komponen kompetensi yang diperlukan adalah keperibadian dan nilai profesioanl, etika dan profesionalisme, pengetahuan, kemahiran, proses sosial profesional, pengurusan profesional dan pedagogi profesional. Secara keseluruhannya, terdapat empat komponen kompetensi yang sedia dimiliki sepenuhnya dengan baik iaitu keperibadian dan nilai profesional, pengetahuan profesional, proses sosial profesional dan pengurusan profesional. Manakala tiga komponen kompetensi sederhana sahaja iaitu etika dan nilai profesional, kemahiran profesional dan juga pedagogi profesional. Kajian membuktikan bahawa pensyarah belum menguasai sepenuhnya terhadap tiga elemen dalam komponen kompetensi iaitu elemen penyelidikan dalam komponen etika dan profesioanalisme, elemen keusahawanan di dalam komponen kemahiran profesional serta elemen teknik dan kaedah yang berada dalam komponen pedagogi profesional. Seterusnya, kajian ini turut menunjukkan terdapat sepuluh jenis latihan untuk meningkatkan kompetensi pensyarah sebagai amalan agar lebih mantap dan berkualiti iaitu menerusi kursus dan bengkel, program Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), program KV dengan kerjasama pihak industri, lawatan belajar ke industri, lawatan belajar ke KV lain, pemantapan modul pengajaran, program mentor-mentee, perbincangan dalam talian, in house training dan pengalaman pengajaran. Diharapkan komponen kompetensi yang diperlukan mampu dijadikan panduan dalam penilaian kompetensi terhadap pensyarah di KV dan juga di institusi pendidikan TVET lainnya. Selainnya, perlu dilakukan panduan dalam penambahbaikan menerusi kaedah latihan dan seterusnya mampu mengubah strategi dan kaedah penyampaian disamping memberikan kefahaman dan persediaan diri akan pentingnya pembangunan profesionalisme. Akhir sekali diharap mampu untuk mempertingkatkan kualiti serta tahap profesionalisme pengajar TVET di Malaysia. 2020-08 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98621/1/FPP%202021%2025%20IR.pdf Ismail, Khamsiah (2020) Amalan kompetensi pensyarah dalam pengajaran bidang kejuruteraan di Kolej Vokasional. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. Effective teaching Vocational teachers |
institution |
Universiti Putra Malaysia |
building |
UPM Library |
collection |
Institutional Repository |
continent |
Asia |
country |
Malaysia |
content_provider |
Universiti Putra Malaysia |
content_source |
UPM Institutional Repository |
url_provider |
http://psasir.upm.edu.my/ |
language |
English |
topic |
Effective teaching Vocational teachers |
spellingShingle |
Effective teaching Vocational teachers Ismail, Khamsiah Amalan kompetensi pensyarah dalam pengajaran bidang kejuruteraan di Kolej Vokasional |
description |
Keberkesanan dalam pengajaran sangat berkait rapat dengan kesungguhan pensyarah mengamalkan serta mempertingkatkan segala kompetensi yang ada dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik. Pensyarah yang kompeten dalam pengajaran mampu melancarkan pemahaman pelajar dan seterusnya melahirkan pelajar yang kompeten serta berketerampilan yang mampu memenuhi keperluan pihak industri. Secara tidak langsung mampu membuka peluang pekerjaan dengan mudah. Walau bagaimanapun, masih menjadi isu dan permasalahan berkaitan amalan kompetensi yang masih lemah dalam pengajaran dalam kalangan pensyarah di Kolej Vokasional (KV). Justeru, pensyarah perlu sentiasa bersedia bagi memantapkan amalan kompetensi dalam pengajaran demi mempertingkatkan profesionalisme. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti komponen kompetensi yang diperlukan, memeriksa komponen kompetensi sedia ada yang dimiliki dan meneroka jenis latihan yang diamalkan bagi meningkatkan kompetensi oleh pensyarah bidang kejuruteraan di KV. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian kes. Pengumpulan data dilakukan secara temu bual mendalam dengan kaedah soalan temu bual terbuka terhadap empat orang pensyarah dalam bidang kejuruteraan di KV. Persampelan bertujuan menggunakan teknik snowball digunakan bagi mendapatkan informan kajian. Peserta dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Seterusnya data dianalisis dengan diberikan kod, kategori melalui analisis tematik bagi membangunkan tema utama bagi menjawab ketiga-tiga persoalan kajian dengan menggunakan perisian N-vivo 12. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan tujuh komponen kompetensi yang diperlukan adalah keperibadian dan nilai profesioanl, etika dan profesionalisme, pengetahuan, kemahiran, proses sosial profesional, pengurusan profesional dan pedagogi profesional. Secara keseluruhannya, terdapat empat komponen kompetensi yang sedia dimiliki sepenuhnya dengan baik iaitu keperibadian dan nilai profesional, pengetahuan profesional, proses sosial profesional dan pengurusan profesional. Manakala tiga komponen kompetensi sederhana sahaja iaitu etika dan nilai profesional, kemahiran profesional dan juga pedagogi profesional. Kajian membuktikan bahawa pensyarah belum menguasai sepenuhnya terhadap tiga elemen dalam komponen kompetensi iaitu elemen penyelidikan dalam komponen etika dan profesioanalisme, elemen keusahawanan di dalam komponen kemahiran profesional serta elemen teknik dan kaedah yang berada dalam komponen pedagogi profesional. Seterusnya, kajian ini turut menunjukkan terdapat sepuluh jenis latihan untuk meningkatkan kompetensi pensyarah sebagai amalan agar lebih mantap dan berkualiti iaitu menerusi kursus dan bengkel, program Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), program KV dengan kerjasama pihak industri, lawatan belajar ke industri, lawatan belajar ke KV lain, pemantapan modul pengajaran, program mentor-mentee, perbincangan dalam talian, in house training dan pengalaman pengajaran. Diharapkan komponen kompetensi yang diperlukan mampu dijadikan panduan dalam penilaian kompetensi terhadap pensyarah di KV dan juga di institusi pendidikan TVET lainnya. Selainnya, perlu dilakukan panduan dalam penambahbaikan menerusi kaedah latihan dan seterusnya mampu mengubah strategi dan kaedah penyampaian disamping memberikan kefahaman dan persediaan diri akan pentingnya pembangunan profesionalisme. Akhir sekali diharap mampu untuk mempertingkatkan kualiti serta tahap profesionalisme pengajar TVET di Malaysia. |
format |
Thesis |
author |
Ismail, Khamsiah |
author_facet |
Ismail, Khamsiah |
author_sort |
Ismail, Khamsiah |
title |
Amalan kompetensi pensyarah dalam pengajaran bidang kejuruteraan di Kolej Vokasional |
title_short |
Amalan kompetensi pensyarah dalam pengajaran bidang kejuruteraan di Kolej Vokasional |
title_full |
Amalan kompetensi pensyarah dalam pengajaran bidang kejuruteraan di Kolej Vokasional |
title_fullStr |
Amalan kompetensi pensyarah dalam pengajaran bidang kejuruteraan di Kolej Vokasional |
title_full_unstemmed |
Amalan kompetensi pensyarah dalam pengajaran bidang kejuruteraan di Kolej Vokasional |
title_sort |
amalan kompetensi pensyarah dalam pengajaran bidang kejuruteraan di kolej vokasional |
publishDate |
2020 |
url |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98621/1/FPP%202021%2025%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98621/ |
_version_ |
1744355334341787648 |
score |
13.214268 |