Pelaksanaan interaksi lisan dalam pengajaran pensyarah Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan meninjau pelaksanaan interaksi lisan dalam kalangan pensyarah bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru (IPG). Kajian ini memenuhi objektif kajian iaitu, mengenal pasti pelaksanaan interaksi lisan dalam pengajaran pensyarah kursus Bahasa Melayu, mengh...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Aminuddin, Zarien Nurlieyana
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98484/1/FPP%202021%206%20-%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98484/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan meninjau pelaksanaan interaksi lisan dalam kalangan pensyarah bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru (IPG). Kajian ini memenuhi objektif kajian iaitu, mengenal pasti pelaksanaan interaksi lisan dalam pengajaran pensyarah kursus Bahasa Melayu, menghuraikan pendekatan pengajaran interaksi lisan di IPG, menganalisis teknik interaksi lisan dalam pengajaran kursus bahasa Melayu, dan merumuskan teknik interaksi lisan dan pendekatan pengajaran pensyarah. Kajian ini mengaplikasikan kerangka teori Teknik Interaksi Lisan Roselan Baki (2003) yang mengemukakan sembilan teknik interaksi, iaitu penerangan, penyoalan, kawalan, penggiliran, pengulangan, arahan, pencungkilan idea, perbincangan dan penilaian. Seterusnya, kajian ini juga mengaplikasikan pendekatan komunikatif Mahzan (2008) yang menerapkan aktiviti komunikatif dalam pengajaran pensyarah. Kajian ini menggunakan reka bentuk pendekatan kualitatif, iaitu satu kes pelbagai tempat dengan melibatkan empat orang pensyarah kursus Bahasa Melayu IPG sebagai peserta kajian. Teknik persampelan bertujuan digunakan berserta beberapa kriteria tertentu dalam pemilihan sampel kajian ini. Teknik pengumpulan data kajian ini merangkumi temu bual semi berstruktur secara mendalam. Protokol temu bual kajian ini menggunakan dua konstruk iaitu, pelaksanaan teknik interaksi lisan dan pendekatan pengajaran Pengkaji menggunakan perisian NVIVO untuk menganalisis data mengikut tema dapatan kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan interaksi lisan sememangnya menjadi amalan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah bahasa Melayu di IPG. Dapatan kajian ini juga memberi gambaran bahawa pensyarah dapat menguasai teknik interaksi lisan secara dua hala antara pensyarah dan pelajar. Selain itu, kajian ini menunjukkan bahawa wujudnya pelbagai teknik interaksi lisan yang digunakan oleh pensyarah mencakupi bentuk bahasa lisan, kemampuan berbahasa, dan pertimbangan komunikatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya, pelaksanaan interaksi lisan dapat memantapkan kemahiran pengajaran pensyarah, meningkatkan kefahaman pelajar dan mewujudkan suasana pembelajaran secara aktif.