Kerangka proses penggunaan dan pengendalian peralatan pendrafan pola pakaian dalam program fesyen TVET di Kolej Komuniti Malaysia

Penggunaan dan pengendalian peralatan pendrafan pola pakaian (6P) merupakan peralatan yang utama dalam penghasilan pola pakaian. Tanpa peralatan pendrafan pola tidak akan terhasil sehelai baju mahupun pakaian. Pelajar program fesyen TVET khususnya di Kolej Komuniti lemah dalam menguasai 6P dengan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Ramly, Norulaini
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98173/1/FRSB%202021%208%20-%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98173/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan dan pengendalian peralatan pendrafan pola pakaian (6P) merupakan peralatan yang utama dalam penghasilan pola pakaian. Tanpa peralatan pendrafan pola tidak akan terhasil sehelai baju mahupun pakaian. Pelajar program fesyen TVET khususnya di Kolej Komuniti lemah dalam menguasai 6P dengan tepat dan cepat. Pola yang dihasilkan tidak mengikuti piawaian yang telah ditetapkan oleh penilaian gred pemarkahan bagi Program Sijil Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti. Pelajar program fesyen TVET kebanyakannya lemah di dalam menguasai pengendalian peralatan mendraf pola yang mempunyai pelbagai jenis, bentuk, saiz dan fungsinya. Objektif utama penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti 6P yang sedia ada digunakan semasa kelas menghasilkan pola pakaian oleh pensyarah dan pelajar program fesyen TVET. Selain itu, untuk menganalisa pengendalian peralatan pendrafan pola pakaian secara manual yang lebih praktikal serta untuk membangunkan satu garis panduan serta manual 6P yang lebih sistematik bagi mendapatkan garisan pada pola pakaian lebih tepat. Kaedah yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah kualitatif membuat temu bual dengan tenaga pengajar di Kolej Komuniti. Pemerhatian awal dilakukan terhadap pelajar program fesyen TVET dalam 6P. Di samping itu juga, kaedah kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik demografi untuk mengetahui latar belakang pelajar dan skala Likert digunakan untuk menilai pengetahuan, kemahiran serta emosi pelajar sebelum dan selepas menggunakan peralatan pendrafan pola pakaian. Hasil daripada kajian ini, mendapati bahawa domain kognitif, domain psikomotor dan afektif merupakan komponen utama dalam pendidikan berteraskan kemahiran. Walaubagaimanapun, penekanan terhadap domain psikomotor perlu diberikan perhatian untuk meningkatkan tahap kemahiran pelajar. Penyelidikan ini dijalankan bagi menghasilkan satu garis panduan kaedah sistematik dan manual penggunaan peralatan pendrafan pola pakaian secara manual.