Perkaitan tekanan kerja dan strategi daya tindak dengan kesejahteraan psikologi dalam kalangan kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

Kesejahteraan psikologi yang rendah boleh menjejaskan kefungsian sosioemosi seseorang pekerja. Keadaan psikologi yang tidak sejahtera berpotensi memberi kesan langsung kepada permasalahan kesihatan mental seperti kemurungan, gangguan mental, dan kecenderungan bunuh diri. Malah, situasi tersebut turu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Dahamat Azam, Mohamad Naqiuddin, Rosnon, Mohd Roslan, Md Nordin, Noradilah, Abu Talib, Mansor
Format: Article
Published: Agensi Antidadah Kebangsaan 2021
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/94552/
https://jurnal.adk.gov.my/perkaitan-tekanan-kerja-dan-strategi-daya-tindak-dengan-kesejahteraan-psikologi-dalam-kalangan-kakitangan-agensi-antidadah-kebangsaan-aadk/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kesejahteraan psikologi yang rendah boleh menjejaskan kefungsian sosioemosi seseorang pekerja. Keadaan psikologi yang tidak sejahtera berpotensi memberi kesan langsung kepada permasalahan kesihatan mental seperti kemurungan, gangguan mental, dan kecenderungan bunuh diri. Malah, situasi tersebut turut memberi kesan negatif kepada prestasi kerja seseorang individu seperti ponteng kerja, produktiviti kerja yang lemah, kurang berintegriti dan sering mencetuskan masalah di tempat kerja. Terdapat kajian lepas yang mendapati bahawa tekanan kerja dan strategi daya tindak memainkan peranan yang penting dalam meramalkan kesejahteraan psikologi dalam pelbagai profesion di Malaysia. Namun begitu, maklumat berkaitan pegawai anti-dadah yang sering berhadapan dengan cabaran dalam memenuhi tuntutan kerja mereka adalah terhad. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengkaji perkaitan di antara tekanan kerja dan strategi daya tindak dengan kesejahteraan psikologi dalam kalangan pegawai anti-dadah di Malaysia. Seramai 3,351 orang pegawai dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang berumur di antara 21 hingga 59 tahun telah melengkapkan borang soal selidik dalam talian mengenai tekanan kerja, strategi daya tindak (iaitu kawalan dan penghindaran) dan kesejahteraan psikologi. Analisis deskriptif mendapati kebanyakan responden mempunyai tahap kesejahteraan psikologi dan daya tindak kawalan yang tinggi, serta tahap tekanan kerja dan daya tindak elak yang rendah. Analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa tekanan kerja mempunyai perkaitan yang signifikan dengan kesejahteraan psikologi yang rendah, manakala strategi daya tindak kawalan mempunyai perkaitan dengan kesejahteraan psikologi yang baik. Kesimpulannya, kajian ini adalah penting untuk mengambil kira tekanan kerja dan strategi daya tindak dalam memahami kesejahteraan psikologi pegawai anti-dadah di Malaysia.