Peranan Modul ISRA dalam membantu kepulihan bekas klien di Kedah, Malaysia
Agensi Antidadah Kebangsaan telah melancarkan Modul Islamic Spiritual Rehabilitation Approach (ISRA) sebagai instrumen holistik bagi rawatan dan pemulihan bekas penagih dadah melalui kaedah mengubati masalah ketidakstabilan jiwa secara amalan kerohanian. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneliti panda...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Secholian Publication
2021
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/94525/ https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/917 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Agensi Antidadah Kebangsaan telah melancarkan Modul Islamic Spiritual Rehabilitation Approach (ISRA) sebagai instrumen holistik bagi rawatan dan pemulihan bekas penagih dadah melalui kaedah mengubati masalah ketidakstabilan jiwa secara amalan kerohanian. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneliti pandangan bekas klien dalam komuniti terhadap keberkesanan Modul ISRA dan mengenal pasti kefungsian sosial terhadap kepulihan bekas klien dalam komuniti. Kajian ini dilaksanakan secara kualitatif menggunakan pendekatan exploratory. Kajian ini menggunakan pensampelan bertujuan iaitu 16 orang informan telah terlibat terdiri daripada bekas klien ISRA yang compliant dan boleh terlibat diri dalam temu bual. Pengumpulan data dilakukan secara temu bual mendalam menggunakan pendekatan naturalistic inquiry atau constructionism bagi memperoleh data primer. Analisis tematik secara manual dilakukan terhadap data kajian bagi membentuk tema dalam menilai kesemua objektif kajian. Hasil kajian menunjukkan, bekas klien ISRA berpandangan, Modul ISRA dari segi kandungan, struktur, kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah sangat baik dalam membantu kepulihan mereka. Kajian ini merumuskan, bekas klien memberikan pandangan positif terhadap keberkesanan Modul ISRA. Implikasi kajian ini mencadangkan, sebarang dasar atau pembinaan modul pemulihan perlu berfokus kepada keterlibatan persekitaran sosial klien bagi menyokong kepulihan klien secara berterusan setelah mereka keluar pusat. |
---|